Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts

Monday, April 8, 2019

Penemuan mengejutkan ini ditemui dalam makam purba Mesir



Penemuan mengejutkan ini ditemui dalam makam purba Mesir  | SEBELUM ini, mumia menjadi tajuk berita utama setiap kali penemuan terbaharu diperoleh di pusara purba Mesir. Bagaimanapun, terkini sejumlah besar tikus mumia antara haiwan yang ditemui dalam makam purba dalam penemuan pada Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan kementerian warisan dalam usaha untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong di wilayah Sohag. Makam yang berusia lebih 2,000 tahun di bandar Akhmim dan dipercayai menempatkan pegawai kanan kerajaan lampau. "Ia antara penemuan paling menarik pernah diperoleh di kawasan itu," jata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Warisan kementerian berkenaan. Mumia manusia ditemui di dalam makam itu, bersama lebih 50 mumia tikus dan kucing pada era Ptolemy.

 Kebelakangan ini, industri pelancongan Mesir bergelut dengan pelbagai isu dan taklimat pada minggu lalu diharap dapat menarik perhatian duniaSohag telah digambarkan sebagai salah satu bandar yang kaya dengan peninggalan sejarah di Mesir sesuai dengan pembukaan sebuah muzium tahun lalu. Bagaimanapun, suasana politik yang tidak stabil sejak revolusi 2011 menyebabkan penurunan jumlah pelancong. Tambah memburukkan keadaan apabila pihak berkuasa yang menemui pelbagai peninggalan purba telah didakwa gagal memelihara warisan negara itu.-JakartaPost





.

Tuesday, April 2, 2019

Wanita dedah skandal dengan lelaki lain selepas lahirkan bayi kembar yang didapati berbeza bapa



Wanita dedah skandal dengan lelaki lain selepas lahirkan bayi kembar yang didapati berbeza bapa | SEORANG wanita yang melahirkan pasangan kembar baru-baru ini mendapati kedua-dua anaknya itu mempunyai dua bapa yang berbeza, lapor Vice. Fenomena ini pernah berlaku sebelum ini dan dipanggil 'heteropaternal superfecundation'. Keadaan ini berlaku apabila dua sperma, masing-masing dari lelaki yang berbeza, bersenyawa dengan dua telur dari wanita yang sama. Dalam kejadian di China itu, pasangan suami isteri berkenaan melihat sesuatu yang pelik tidak lama selepas bayi kembar itu lahir apabila kedua-dua bayi mereka nampak berbeza, yang mana hanya seorang sahaja menyerupai si suami.

Susulan ujian DNA, barulah pasangan itu mendapat tahu bahawa bayi itu sebenarnya mempunyai dua bapa yang berlainan. Ibunya kemudian mendedahkan bahawa dia pernah tidur dengan lelaki lain, lapor Vice. Walaupun kes-kes seperti ini nampak pelik, ia sebenarnya memang berlaku. Biasanya, kes-kes ini hanya diketahui atas sebab undang-undang apabila seorang lelaki mempersoalkan sama ada dirinya adalah bapa biologi kepada bayi yang dilahirkan pasangannya. Menurut satu kajian tahun 1992, dianggarkan sebanyak 2.4 peratus tuntutan paterniti adalah kes heteropaternal superfecundation.

Bagaimanapun jumlah ini hanya melihat kes-kes di mana peguam atau mahkamah dicari untuk penyelesaian. Keadaan ini berlaku dalam masa seminggu, menurut doktor, kerana sperma ejakulasi hanya dapat bertahan selama kira-kira lima hari. Satu lagi kes dilaporkan berlaku pada tahun 2015, apabila seorang wanita New Jersey mengetahui bahawa lelaki yang dia cuba untuk mendapatkan sokongan anak hanyalah bapa kepada salah seorang daripada anak kembarnya. -Business Insider




.

Monday, March 11, 2019

Satu kajian dijalankan untuk cipta semula dinosaur dalam tempoh 5 tahun akan datang






Satu kajian dijalankan untuk cipta semula dinosaur dalam tempoh 5 tahun akan datang | SEPERTI yang diketahui umum, dinosaur sudah lama pupus dan lenyap dari muka bumi. Namun, para penyelidik sering menemui pelbagai rangka dan fosil haiwan itu menerusi pencarian mereka di seluruh dunia. Terbaharu, sekumpulan saintis sedang menjalankan kajian genetik untuk mengembalikan kewujudan haiwan itu. Ia bertepatan dengan teori oleh ahli paleontologi terkenal, Dr Jack Horner yang berkata tidak mustahil untuk mengembalikan hidupan purba itu dengan adanya DNA mereka. Setakat ini, ia dibuktikan dengan ujian awal apabila sepasukan saintis di Harvard dan Yale membuat penyelidikan itu ke atas ayam.


Dalam usaha untuk mengulangi evolusi lalu, pasukan itu membuat mutasi kepada ayam untuk mengembalikan mereka kepada bentuk asal, bagaimana mereka mula tercipta suatu ketika dahulu. Di Harvard pula misalnya, pasukan saintis memasukkan gen mammoth ke dalam tubuh gajah untuk mencipta semula haiwan yang telah pupus itu. Jika berhasil, mereka mendakwa mampu mengembalikan semula kehadiran dinosaur dalam kehidupan kita, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.- Entrepreneur





.

Thursday, January 10, 2019

Lelaki mendedahkan dia menemui puluhan lipas bersembunyi di sebalik telefon di rumahnya



Lelaki mendedahkan dia menemui puluhan lipas bersembunyi di sebalik telefon di rumahnya | HARI ini, jarang sekali melihat rumah mempunyai telefon talian tetap. Kebanyakan orang menggunakan telefon pintar malah boleh membuat panggilan video untuk menghubungi insan tersayang dengan mudah. Tapi apa yang lebih pelik, dan pastinya mengerikan apabila terdapat sesuatu di dalam telefon talian tetap itu. Seorang lelaki mendedahkan dia menemui puluhan lipas bersembunyi di sebalik telefon di rumahnya di Australia. Dia yang bekerja di sebuah syarikat di Sydney memutuskan untuk melihat dengan lebih dekat di sebalik telefon yang kotor dan rosak, yang digantung pada dinding.

Semasa membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati puluhan lipas mati di dalam telefon itu, kebanyakannya di bahagian wayar. Dia kemudian berkongsi video mengenai kejadian aneh itu di Facebook sehingga tular. Beberapa netizen membuat gurauan dengan seorang daripadanya berjenaka: "Saya fikir telefon anda telah diserang serangga." Ada yang mengatakan ia sesuatu yang menjijikkan. "Sekurang-kurangnya semua lipas dah mati," kata seorang lagi netizen. - Mirror Online




.

Wednesday, January 2, 2019

Hasrat lelaki untuk bercinta dan berkahwin terhalang kerana paras rupa seperti alien



Hasrat lelaki untuk bercinta dan berkahwin terhalang kerana paras rupa seperti alien | SEORANG lelaki mahu kehidupan seperti manusia normal yang lain, bercinta dan berkahwin namun terhalang kerana rupa parasnya. Anshu Kumar atau digelar 'alien' berikutan mempunyai wajah misteri yang gagal dikenal pasti punca oleh pihak doktor. Wajah misteri Kumar bermula dari paras mata hingga ke kepala yang kelihatan lebih besar daripada mukanya. Pemuda berusia 22 tahun dari Punjab, India yang hanya menerima gaji 50 pound sebulan (RM264) tidak mampu bertemu dengan pakar yang boleh merawatnya. Dia berharap pihak kerajaan boleh membantunya daalam menjalani rawatan sekaligus mampu menjalani kehidupan lebih normal.

"Saya suka keluar bersama kanak-kanak yang tinggal berdekatan, tetapi lebih kerap berseorangan. Saya bekerja di sebuah kilang tempatan setiap hari, selama sembilan jam di sana. "Saya berharap dapat sembuh secepat mungkin, jadi saya boleh berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. "Ini adalah impian saya. Ke mana sahaja saya pergi, mereka memanggil saya alien. "Mereka fikir saya orang asing dan beri nama samaran. "Ketika saya lahir, ibu bapa berbincang dengan doktor tetapi mereka beritahu bahawa penyakit saya ini tidak boleh sembuh," ujarnya. -Mirror.co.uk




.

Wednesday, December 26, 2018

Pasangan kembar dikahwinkan selepas dipercayai mereka merupakan pasangan bercinta dalam 'kehidupan terdahulu'



Pasangan kembar dikahwinkan selepas dipercayai mereka merupakan pasangan bercinta dalam 'kehidupan terdahulu' | PASANGAN kembar dikahwinkan bersama kerana ibu bapa mereka percaya anak kembar itu merupakan pasangan bercinta dalam 'kehidupan terdahulu'. Guitar dan pasangan kembarnya, Kiwi, kedua-duanya berusia enam tahun diraikan dalam majlis perkahwinan secara mewah di Thailand. Laporan mendakwa majlis tersebut menelan belanja ribuan pound.Rakaman video menunjukkan orang ramai menari dan bermain alat muzik di jalan, berpakaian cantik berwarna-warni. Menurut beberapa laporan, guitar membayar mas kahwin sebanyak £4,832 (RM25,657) dan emas bernilai £1000 (RM5,309).

Memetik Daily Mail, sejak kelahiran pasangan kembar itu pada September 2012, ibu bapa mereka, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, and Phacharaporn, 30, dilaporkan mengetahui anak-anak mereka akan berkahwin bersama. Dipercayai, jika pasangan kembar itu tidak berkahwin dengan segera, mereka mungkin menimpa nasib malang pada masa akan datang. Bercakap kepada Daily Mail, Amornson berkata: "Jika mereka berkahwin, mereka akan hidup dengan kekayaan dan kejayaan, serta tidak akan sakit." Ibu pasangan kembar itu pula berkata: "Kedua-dua mereka cukup manis semasa perkahwinan mereka. Mereka akan menjadi sahabat baik sepanjang hidup." Majlis itu bagaimanapun tidak sah, dan Phacharaporn mengesahkan bahawa kedua-dua mereka boleh mencari pasangan lain apabila mereka besar kelak. - Mirror Online





.

Friday, December 7, 2018

Wanita ini akui tidak sedar sudah hamil selama 9 Bulan



Wanita ini akui tidak sedar sudah hamil selama 9 Bulan | Umumnya, pada minggu awal kehamilan, wanita pasti dapat merasakan bahwa dirinya sedang mengandung. Namun, hal tersebut tidak terjadi pada Katherine Kropas (23) yang mengaku sama sekali tidak tahu menahu kalau dalam perutnya sedang membesar seorang janin. Bagaimana mungkin? Berikut kisahnya. Suatu malam, Kropas merasakan nyeri dan sakit luar biasa pada bahagian perut dan punggung bahagian belakang. Sakit yang menderanya tersebut seperti melumpuhkan seluruh tubuhnya, sehingga tanpa menunggu lama, Kropas segera pergi ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan rutin, doktor menyatakan bahawa Kropas sedang mengandung lima minggu.

Namun, setelah melakukan proses ultrasound, doktor bingung. Sebab, ternyata kandungan Kropas sebenarnya telah berusia sembilan bulan. Jadi, menurut doktor, rasa sakit perut yang dialami oleh Kropas merupakan proses awal melahirkan. Satu jam kemudian, melalui pembedahan, bayi Kropas pun lahir dengan selamat dan sihat.  Kropas mengaku selama sembilan bulan terakhir, dirinya sama sekali tidak tahu atau setidaknya sedar bahawa dirinya tengah mengandung. Hal tersebut disebabkan dia ada mengambil pil pencegah kehamilan secara rutin.

“Aku memang merasa berat badanku bertambah, tapi aku fikir itu kerana aku makan terlalu banyak ketika hari krismas,” terangnya. Kemudian, gejala hamil lainnya yang tidak dia sedari adalah kakinya yang membengkak. Mengenai hal ini, Kropas berfikir, ianya disebabkan dirinya terlalu aktif bekerja di restoran sebagai pelayan. Jika perempuan lainnya menunggu dan menikmati masa kehamilan selama sembilan penuh, hal sebaliknya terjadi pada Kropas. Sebab, dirinya baru tahu hamil pada jam 10.15 malam lalu melahirkan satu jam kemudian, tepatnya sekitar jam 11.06 malam. Kropas menamakan puteri pertamanya, Ellen Olivia Keefe. Bayinya ini lahir dengan berat badan empat kilogram dua ons. -AP




.

Selepas berpisah dengan kekasih, wanita ini memilih untuk mengahwini dua ekor kucing



Selepas berpisah dengan kekasih, wanita ini memilih untuk mengahwini dua ekor kucing | Setelah berpisah dengan pasangannya, Barbarella Buchner (48) berfikir tidak akan menemui cinta dalam hidupnya lagi. Namun, dia salah, Buchner jatuh cinta lagi, tetapi bukan dengan manusia, melainkan dengan dua kucing. Kini, perempuan yang bekerja sebagai web designer tersebut mengatakan menjalani hidup bahagia dengan dua suami kucing, Spider dan Lugosi. Untuk membuktikan cintanya, Buchner mencacah tatoo pada tubuhnya ddengan nama dua ekor kucing tersebut. "Dua kucingku adalah belahan jiwaku. Mereka adalah cinta dalam hidupku," ujar Buchner yang berasal dari London.

"Ketika aku menjalani hubungan dengan manusia, dia akan datang ke rumah, dan kami akan berdebat tentang sesuatu, atau dia ingin 'bercakap' ketika aku sedang tidak ingin bercakap. Lugosi dan Spider berbeza, aku sungguh bahagia mengahwini mereka. Aku tak sendirian, aku memiliki kucing sekarang, dan aku tak menyesal, tak peduli terhadap apa yang dikatakan orang kepadaku," tambahnya. Buchner mengatakan, dari kecil, dia sudah biasa berada di sekitar kucing. Keluarga besarnya selalu memiliki satu atau dua kucing. Namun, Buchner merasa tidak bahagia kerana kucing tersebut adalah milik keluarga bersama, bukan miliknya seorang. Kemudian, ketika usianya mencapai 34 tahun, Buchner memutuskan untuk mengadopsi dua kucing yang dia anggap seperti bayinya sendiri.

"Ketika mataku bertemu dengan Lugosi dan Spider, itu adalah cinta pada pandangan pertama. Aku tak akan melupakan hari itu. Aku mengetahui perasaan cinta dari mereka berdua saat mereka mendengkur dan menggosokkan wajah kecil mereka ke kandangnya. Dua kucing belang itu pulang ke rumah denganku," kisahnya. Tiga tahun setelah mengadopsi kucing, Buchner memutuskan untuk merasmikan cintanya dan mengahwini dua kucingnya tersebut melalui laman marryyourpet.com.  Buchner mengakui bahawa dia tak melakukan hubungan intim dengan kucing-kucingnya. Baginya, cinta mereka adalah cinta suci dengan kasih yang tidak terbatas. -AP




.

Tuesday, December 4, 2018

Petani binggung lihat lobak menyerupai kaki. Makan atau simpan?



Petani binggung lihat lobak menyerupai kaki. Makan atau simpan? | Seorang petani, Yukihiro Ikeuchi, telah menjumpai lobak atau radish yang menyerupai kaki, lengkap dengan setiap 'jari' seperti manusia.  Menurut Ikeuchi, sayur tersebut berukuran 30 sentimeter dan mempunyai berat 1.5 kilogram. Petani tersebut membuat keputusan untuk tidak menjual sayur tersebut, malah lobak berbentuk 'kaki' tersebut kini dipamerkan di Fureai Center. Menakjubkan !!




.

Sunday, December 2, 2018

Subhanallah.. Bayi ini lahir tanpa sepasang mata



Subhanallah.. Bayi ini lahir tanpa sepasang mata | Richie Lopez, lahir ke dunia tanpa sepasang mata. Sejak dilahirkan Lopez tidak membuka kelopak matanya sehingga menimbulkan pertanyaan doktor. Apabila usia Lopez mencecah 13 hari, doktor menjalankan ujian MRI terhadapnya. Doktor kemudian menyedari bahawa Lopez tidak mempunyai sepasang mata. Menurut USA Today, ibunya, Kelly Lopez memberitahu, beliau hamil secara normal seperti insan lain. Penyakit aneh tersebut dikenali sebagai Anophtalmia, dan ibu bapa Lopez berharap anaknya akan berupaya untuk melihat suatu hari nanti. -AP




.

Tuesday, November 27, 2018

Pasangan suami isteri tiba-tiba jadi jutawan selepas temui banyak wang dalam bekas penyimpanan yang dibeli



Pasangan suami isteri tiba-tiba jadi jutawan selepas temui banyak wang dalam bekas penyimpanan yang dibeli  | REZEKI terpijak. Itulah nasib sepasang suami isteri yang tiba-tiba menjadi jutawan segera gara-gara wang berjumlah 5.8 juta pound sterling yang ditemui di dalam sebuah bekas penyimpanan. Pasangan suami isteri itu yang juga pemburu barang-barang murah membeli bekas penyimpan tersebut pada harga 390 pound sterling. Perkara itu didedahkan oleh bintang rancangan Storage War TV, Dan Dotson dan isterinya, Laura. Dan menjelaskan bagaimana seorang wanita membeirtahunya mengenai perkara tersebut dalam satu majlis amal di California.

Dalam video tersebut, Dan menceritakan semula perbualannya dengan wanita tersebut. "Wanita itu berkata suaminya bekerja dengan seorang lelaki dan dia membeli satu unit bekas penyimpanan berharga 390 pound sterling yang mengandungi kotak keselamatan di dalamnya."Orang pertama dipanggil untuk membuka kotak keselamatan itu tetapi tidak berjaya. "Kemudian mereka panggil orang kedua dan kotak itu berjaya dibuka.

Namun mereka terkejut apabila di dalam kotak itu mengandungi wang tunai yang banyak," katanya. Selepas penemuan itu, pasangan tersebut dihubungi peguam kepada pemilik kotak keselamatan itu. Dan memberitahu wanita tersebut mendakwa pemilik kotak keselamatan itu menawarkan ganjaran sebanyak 465,000 pound sterling supaya wang tersebut dikembalikan. Akhirnya pasangan suami isteri itu menerima wang tunai sebanyak 930,000 pound sterling sebagai ganjaran manakala baki 4.87 juta pound sterling dikembali kepada pemilik asal bekas penyimpanan tersebut. - Metro.co.uk




.

Monday, November 26, 2018

Rakyat Jepun enggan miliki rumah walau diberi secara percuma kerana terlalu percayakan perkara tahyul



Rakyat Jepun enggan miliki rumah walau diberi secara percuma kerana terlalu percayakan perkara tahyul | JEPUN ingin memberikan kediaman percuma atau menjualnya pada harga diskaun yang tinggi memandangkan jumlah rumah yang ditinggalkan semakin tinggi. Negara tersebut mempunyai kira-kira 10 juta rumah kosong dan skim 'Akiya' direka untuk menangani masalah ini sambil membantu keluarga muda untuk masuk ke pasaran hartanah. Sesetengah kerajaan tempatan juga memberikan subsidi kepada pemilik rumah baharu untuk projek renovasi. Akiya bermaksud 'kosong' atau 'ditinggalkan' dalam bahasa Jepun. Kediaman yang ditawarkan itu kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar kerana terdapat ramai anak muda berhijrah ke bandar. Kepercayaan tahyul masyarakat Jepun juga menjadikannya lebih sukar untuk menjual rumah-rumah lama kerana dikaitkan dengan kejadian bunuh diri, pembunuhan, atau 'kematian kerana tinggal berseorangan'.


 Rumah-rumah ini dianggap malang, menurut laporan Insider. Populasi penduduk Jepun menyusut secara beransur-ansur sejak 2010, menurut data daripada Worldometers. Pada 2013, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun menganggarkan terdapat 8.2 juta rumah terbengkalai, lapor Rethink Tokyo. Skim 'Akiya' memberikan rumah-rumah ini kepada keluarga muda secara percuma (atau pada kadar diskaun yang sangat tinggi) dan dalam beberapa kes menawarkan subsidi untuk menggalakkan pemilik mengubahsuai kediaman tersebut. Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk melayakkan mereka memperoleh rumah tersebut.Sebagai contoh, sesetengah kerajaan tempatan menghendaki semua ahli keluarga berumur di bawah 43 tahun dan mempunyai anak-anak yang cukup usia untuk menghadiri sekolah rendah.


Ramai yang menemui lokasi luar bandar dan susun atur yang luas sesuai dengan kehendak mereka, tetapi terdapat beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin mengambil alih kediaman Akiya. Pertama adalah kos pengubahsuaian yang boleh mencecah harga sama seperti membeli hartanah di tempat lain. Kelemahan lain adalah kekaburan yang mengelilingi peninggalan kediaman tersebut dan mungkin pemilik asal akan muncul satu hari nanti untu menuntut pemilikan rumah tersebut. Menurut sesetengah pihak, membeli rumah 'Akiya' dianggap 'kegagalan sosial mutlak', tetapi dengan harga rumah di Tokyo semakin tinggi (sekitar RM3.3 juta untuk kediaman baharu pada Januari 2018), ia mungkin menjadi pilihan yang patut dipertimbangkan untuk kebanyakan keluarga muda. - Daily Mail



.

Friday, November 23, 2018

Tuan takut selepas kambing lahir makhluk 'separuh manusia, separuh babi'


Tuan takut selepas kambing lahir makhluk 'separuh manusia, separuh babi' | SEORANG petani terkejut selepas salah seekor kambingnya melahirkan satu makhluk aneh menyerupai 'separuh manusia dan separuh khinzir'. Josephine Repique, 40, berkata kambing biri-biri yang bunting itu melahirkan anaknya pada awal bulan di sebuah ladang kecil di Sultan Kudarat, Filipina. Seekor anak kambing yang sihat dikeluarkan melalui kelahiran caesarian, tetapi rupa-rupanya ada satu lagi makhluk yang ganjil dilahirkan, mencetuskan rasa seram. Binatang kecil tanpa bulu itu jauh lebih besar daripada anak kambing lain dan mempunyai kulit merah jambu yang berkilat, kaki seperti khinzir dan ia juga mempunyai pusat, sama seperti manusia.Repique berkata ia kelihatan seperti 'khinzir, campur manusia'.


"Kami terkejut. Kami tak dapat menjelaskan bagaimana ia kelihatan seperti itu. Semua jiran kami datang untuk melihatnya." Malangnya, ibu dan dua anak kambing yang lain mati, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa makhluk itu adalah 'syaitan mutan' yang membawa nasib yang buruk. "Tiada siapa yang tahu apakah ia, tetapi bukan kambing. Ia menakutkan. Kami semua tertanya-tanya mengapa ia berlaku dan jika petanda buruk."Tetapi pakar percaya bahawa kambing itu mengalami mutasi genetik dalam rahim. Dr Agapita Salces dari Institut Sains Haiwan Universiti Filipina berkata janin itu kelihatan seperti mengalami mutasi genetik. "Ini mungkin kes mutasi genetik. Kemungkinan juga ibu kambing itu menghidap penyakit yang dikenali sebagai demam Rift Valley akibat gigitan nyamuk dan ini menyebabkan perkembangan anak kambing terjejas." -MailOnline




.

Saturday, February 28, 2015

Kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila tersepit celah dinding bangunan



Kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila tersepit celah dinding bangunan  | Dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan lima tahun berdepan situasi cemas apabila tersepit di celah dinding sebuah bangunan gara-gara mahu pulang ke rumah mengikut jalan pintas di sini baru-baru ini. Jie Tai, 4, dan Ming Huang, 5, berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dalam satu operasi dramatik di perkampungan Gaobu yang terletak di selatan wilayah Guangdong selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang gagal mengeluarkan mereka.

“Insiden itu mula disedari apabila beberapa orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut mendengar tangisan dua kanak-kanak. “Setelah diperiksa, mereka dapati terdapat dua kanak-kanak lelaki tersepit di celah dinding antara dua bangunan,” menurut jurucakap pihak bomba, Cheng Lin. Jarak antara dua bangunan tersebut sekitar 15 sentimeter. Tai dan Huang dipercayai mahu mengikut jalan pintas untuk pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari tempat insiden itu berlaku selepas keluar bermain.


“Kami perlu berhati-hati agar mereka tidak tercedera sewaktu memecahkan dinding dalam operasi menyelamat. Selepas lubang berjaya ditebuk, kami berjaya menarik mereka ke dalam bangunan,” katanya lagi. Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit, manakala kedua-dua kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka. – Agensi





.

Friday, February 27, 2015

Subhanallah.. Gambar fenomena ombak beku yang melanda pantai timur Amerika



Subhanallah.. Gambar fenomena ombak beku yang melanda pantai timur Amerika | Ini bukan alunan ombak rindu tetapi ombak beku. Fenomena yang jarang-jarang dilihat ini telah dirakamkan oleh seorang peluncur, Jonathan Nimerfroh di pantai Nantucket, Massachusetts, Amerika Syarikat baru-baru ini. Februari telah mencatatkan suhu paling sejuk melanda pantai timur Amerika Syarikat sejak beberapa tahun ini. Bagaimanapun, di daerah ini, suhu menjadi tersangat sejuk sehingga ombak pun telah mula membeku. Ia adalah fenomena yang jarang-jarang berlaku tetapi ombak beku yang digelar 'slurpee waves' ini telah berjaya dirakamkan oleh Nimerfroh.


Nimerfroh yang ke pantai untuk bermain luncur ombak sebaliknya dia melihat di ufuk pantai fenomena pelik iaitu ombak yang membeku. Nimerfroh kemudiannya memuatnaik gambar yang diambilnya itu dalam laman Instagramnya pada Rabu. Pada keesokan harinya, dia sekali lagi ke pantai yang sama dan mendapati ombak yang membeku itu masih berada di situ. Dia kemudiannya bertanya kepada para nelayan tempatan dan mereka berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat fenomena ombak beku. -AP




.

Monday, February 23, 2015

Amalan makan plasenta atau uri kian popular di Amerika? Apa kepercayaan mereka?



Amalan makan plasenta atau uri kian popular di Amerika? Apa kepercayaan mereka? | Trend kesihatan datang dan pergi, tetapi satu trend yang kian popular di kalangan ibu baharu di Amerika Syarikat adalah untuk makan plasenta atau uri bayi. Mereka yakin ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menghasilkan susu yang sihat dan menghindari kemurungan selepas bersalin. Amalan tersebut turut menyebabkan kaum ibu menjauhkan diri dari perubatan moden untuk rawatan semula jadi, atau mengikut trend selebriti Hollywood yang sering mengetengahkan rawatan ‘New Age’ terkini.

 Dikenali sebagai "placentophagy," ia memerlukan para ibu untuk makan uri yang kaya dengan zat besi dalam beberapa bentuk: cecair, pepejal atau dimasukkan ke dalam pil. Sesetengah bidan menggalakkan amalan pemakanan uri untuk ibu juga. "Uri membantu memulihkan badan anda dengan vitamin, mineral, hormon," kata seorang bidan Claudia Booker kepada AFP. Untuk $270 (RM984.96) Booker akan memproses organ berkenaan untuk dijadikan pil dan boleh bertahan selama beberapa minggu. Setakat ini, tiada kajian saintifik tentang bilangan ibu baharu yang mengambil bahagian dalam amalan ini. Namun amalan ini popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk Alicia Silverston dan Januari Jones.

Terdapat juga buku memasak yang mengandungi resipi seperti lasagna dan tqcos yang mengandungi uri. Amalan ini turut memberikan manfaat emosi. Seorang ibu Laura Ransom dari Las Vegas, Nevada mengambil pil uri selepas kelahiran anak ketiganya dan berkata ia membantu beliau menguruskan jadual yang sibuk. "Pil ini memberikan saya tenaga, mengawal emosi saya dan oleh itu saya benar-benar gembira. Ia turut membantu saya untuk menangani beberapa perkara setelah mendapat anak ketiga setelah kita berpindah dan juga sumai saya memulakan kerja baru,” katanya. -AP






.

Kerana gemarkan berpakaian kostum adiwira, keluarganya putuskan biarkan dia mengenakan pakai itu walaupun selepas mati



Kerana gemarkan berpakaian kostum adiwira, keluarganya putuskan biarkan dia mengenakan pakai itu walaupun selepas mati | Seorang lelaki pelik yang dikenali kerana kostum adiwira Green Lantern berakhir dengan memakai kostum berkenaan walaupun selepas mati. Mayat Renato Garcia, 55, diawet sebelum dipakaikan kostum itu untuk menyambut kedatangan tetamu di majlis pengebumiannya. Garcia dikenali penduduk di bandar ini kerana gemar memakai kostum itu yang ditemuinya dalam kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.


Dia meninggal dunia akibat penyakit lelah dan keluarganya memutuskan mengebumikannya dengan memakai kostum berkenaan. Mayatnya diletakkan dalam keadaan berdiri di satu penjuru di kediaman adiknya dikelilingi jambakan bunga dan jarinya turut dipakaikan cincin yang kononnya menjadi punca kuasa watak Green Lantern. -AP




.

Sunday, February 22, 2015

Pasangan suami isteri ambil keputusan menamakan seekor monyet sebagai waris tunggal harta mereka



Sepasang suami isteri hartawan India, mengambil keputusan menamakan seekor monyet sebagai waris tunggal harta bagi memastikan haiwan yang dianggap sebagai ‘anak’ itu hidup selesa selepas ketiadaan mereka nanti. Brajesh Srivastava dan isterinya, Shabista tidak memiliki zuriat dan mengambil keputusan menjadikan monyet yang diberi nama Chunmun sebagai anak angkat mereka. Srivastava merupakan pemilik sebuah syarikat penyiaran termasuklah kilang tepung dengan kesemuanya diberi nama Chunmun, manakala isterinya, Shabista merupakan seorang peguam terkenal.

Jelas lelaki itu, perkahwinannya dan isteri diaturkan keluarga dan hidup mereka sangat susah sehinggalah Chunmun muncul pada 2004. “Orang ramai mungkin fikir kami sudah gila. Tapi itulah hakikatnya. Chunmun begitu bermakna dalam hidup kami. “Saya tidak memiliki zuriat dan Chunmun adalah satu-satunya anak yang saya ada. Kami mahu pastikan hidupnya tidak terjejas sekiranya kami tiada nanti,” jelasnya. Srivastava berkata, sekiranya monyet kesayangannya itu mati, segala harta yang diwasiatkan atas namanya akan digunakan bagi melindungi semua monyet di negara ini yang sering didera oleh manusia. Bagaimanapun, jumlah harta itu tidak pula didedahkan. – AFP




.

Friday, February 20, 2015

Sepasang suami isteri terkejut melihat imbasan bayi berusia 20 minggu yang dikandungnya



Sepasang suami isteri terkejut melihat imbasan bayi berusia 20 minggu yang dikandungnya | Sepasang suami isteri terkejut apabila bayi yang dikandungnya 20 minggu menunjukkan isyarat bagus semasa menjalani rutin imbasan. Paul Schofield, 31, dan isterinya Cheryl Stevenson, 32, membuat pemeriksaan rutin di Hospital Saint Mary di sini baru-baru ini. Menurut Cherly, perkara ini sangat menakjubkan dan ramai orang bertanya sama ada ia adalah tulen atau tidak.

"Ini adalah saat yang membahagiakan dan menunjukkan bayi berada dalam keadaan yang baik," katanya dipetik Daily Mail. Sementara itu, jururawat yang menjalankan imbasan berkenaan berkata, mereka tidak pernah melihat bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan isyarat bagus dengan begitu jelas. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dan dalam pemeriksaan itu mengesahkan anak yang dikandung adalah lelaki.-AP




.

Wow! Harga patung beruang ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?



Wow! Harga patung beruang ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah? | MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini. Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah? Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Syarikat Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125. Menurut sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen. Manakala matanya pula dihias dengan permata. Menurut syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!