Rahsia kulit mulus sepanjang Ramadan | Sewaktu bulan Ramadan, keupayaan tubuh badan untuk melakukan rutin harian pasti tidak seaktif seperti sebelumnya. Perubahan ini berlaku akibat air di dalam badan yang tidak mencukupi hingga menyebabkan tubuh badan lesu dan tidak bermaya. Sistem badan juga pasti terkejut kerana tidak mendapat keperluan yang secukupnya dan sudah tentu kulit akan mengalami perubahan. Jika keperluan itu tidak dilengkapi, kulit cenderung menghadapi masalah seperti kering, kusam dan mudah ditumbuhi jerawat. Justeru, pemakanan yang baik sangat penting untuk memelihara kecergasan tubuh serta kecantikan kulit di bulan yang mulia ini. Menurut Perunding Dermatologi, air yang cukup sangat penting untuk kulit cantik dan sihat kerana air membantu menyahkan toksin di dalam badan.
Bagi memastikan kulit sentiasa bersih, elakkan mengambil minuman berkarbonat dan amalkan minum air masak dan jus buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa jenis makanan yang membantu masalah kulit kering seperti buah gajus dan badan yang kaya dengan serat, asid lemak dan protein untuk menyerikan wajah. Kurma, strawberi dan beri biru juga mampu memberi nutrien vitamin A, zat besi, kalium, kalsium dan magnesium kepada kulit kerana kandungan antioksidanya yang tinggi membantu kesihatan kulit. Aprikot juga membantu proses penghadaman dan meningkatkan kecergasan badan. Ketika berbuka, amalkan makan makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, sup sayur dan anggur yang mengandungi 90% air.
Gado-gado dan pecal juga sangat digalakkan kerana mempuyai banyak khasiat dan serat. Untuk makanan yang bersantan seperti kari, tukarkan santan dengan susu rendah lemak untuk mengurangkan kolesterol. Bagi minuman pula, lai chi kang yang mengandungi buah seperti barli, biji teratai, kacang ginko juga boleh memberi kebaikan kepada tubuh. Antara makanan yang patut diambil ketika puasa ialah ayam, telur, kekacang, tofu, ikan dan makanan laut manakala makanan yang patut dielakkan ialah sosej, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging segera dan telur masin.
.
2 Penyokong CHELSEA:
wahh.. kebetulan baru makan gado2 masa berbuka bersama adik beradik tadi...
air berkarbonat tak elok kan sebenarnya. banyak yang tak bagus
Post a Comment