Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, April 13, 2019

Ketahui 5 tips mudah penggunaan bedak asas agar tidak salah pilih dan sesuai dengan wajah



Ketahui 5 tips mudah penggunaan bedak asas agar tidak salah pilih dan sesuai dengan wajah | SETIAP individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza, maka penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menyembunyikan ketidaksempurnaan pada kulit wajah seseorang. Namun, jangan salah pilih bedak asas kerana silap hari bulan, rupa paras anda nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jadi, bagaimanakah anda ingin memastikan bedak asas yang dipilih sesuai dengan kulit? Jurusolek popular, Dr Mukhlis Idris berkongsi tip memilih bedak asas buat pembaca mStar. "Kulit kita ni ada tiga jenis bayang warna (undertone) iaitu warm, cool dan neutral. "Untuk memilih bedak asas, anda haruslah mencalit bedak itu di rahang dan pilih warna yang paling mirip dengan tona kulit anda," katanya. Berikut adalah tip lain yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli bedak asas:

1. Bedak asas cerah untuk kulit berminyak Kata Dr Mukhlis, mereka yang memiliki kulit berminyak, gunakan bedak asas yang cerah sedikit kerana ia akan membuatkan kulit teroksida. Menurut jenama penjagaan wajah, Paula's Choice dari Amerika Syarikat pula, bedak asas teroksida membuatkan warna bedak tersebut berubah warna ketika dipakai, namun pengoksidaan sebenarnya tidak berlaku terlalu cepat. Ia juga boleh terjadi jika bedak asas disimpan di dalam botol lebih dari enam bulan selepas ia dibuka.

2. Bedak asas yang menghidratkan Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan bedak asas yang boleh menghidratkan kulit wajah anda. Jenama penjagaan anti-penuaan wajah, Perricone MD menggariskan kulit terhidrat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan pada wajah dan kulit yang terlalu kering akan kelihatan mengelupas serta ketat. Jadi, bedak asas yang menghidratkan akan membuatkan kulit wajah sentiasa lembap dan nampak lebih lembut, berseri serta gebu.


 3. Jenis bedak asas mengikut keadaan kulit Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pilih bedak asas jenis serbuk, manakala bagi mereka yang berkulit kering pula boleh menggunakan bedak asas jenis cecair atau krim.

4. Gunakan pelembap Tambah pelembap (moisturiser) kepada rejim kecantikan anda bagi mendapatkan liputan bedak asas yang sepenuhnya.

5. Ikut tertib Sebelum mula mengenakan solekan pada wajah, pastikan anda mengikut turutan yang betul. Gunakan bahan asas solekan daripada cecair dan diikuti dengan krim sebelum meletakkan bedak sebagai penyudah mekap.-Mstar





.

Wednesday, November 28, 2018

5 barang di dapur boleh jadi penyelamat elak ketiak menjadi hitam




5 barang di dapur boleh jadi penyelamat elak ketiak menjadi hitam | KESAN gelap di kawasan ketiak boleh dianggap musuh kepada golongan wanita, terutamanya bagi mereka yang gemar mengenakan pakaian tanpa lengan. Apabila ada kesan gelap di situ, sudah tentu anda berasa malu untuk mengangkat tangan, bukan? Apa kata anda cuba tip di bawah untuk tampil lebih yakin. Tidak semestinya untuk mereka yang mengenakan baju tanpa lengan sahaja. Wanita berhijab atau sering memakai baju berlengan juga harus memastikan bahagian ketiak 'suci' tanpa sel kulit mati!


1. Cuka epal sider Campurkan dua sudu cuka epal sider dan dua sudu soda penaik dan kacau sehingga berbuih. Selepas buih campuran itu hilang, sapukannya pada bahagian ketiak dan biar ia kering. Kemudian, bilas dengan air sejuk dan ulang langkah ini tiga kali seminggu.


2. Aloe vera Potong daun aloe vera dan asingkan bahagian gelnya. Sapukan lapisan gel itu di kawasan ketiak dan biarkan selama 10 ke 15 minit sebelum membilasnya dengan air. Jika anda tidak mempunyai daun aloe vera, boleh gunakan gel aloe vera organik. Ulang langkah ini selang sehari sehingga nampak perubahan.


3. Serbuk kunyit Campurkan sesudu serbuk kunyit, sesudu susu segar dan sesudu madu dalam satu bekas. Sapukan campuran itu tadi ke bahagian ketiak dan biarkan ia kering selama 10 ke 12 minit. Ulang langkah ini dua kali seminggu. Jangan guna kaedah ini jika anda mempunyai alahan terhadap barangan tenusu.


4. Jus lemon Hiris sebiji lemon kepada berapa hirisan tebal dan gosok ke bahagian ketiak selama dua ke tiga minit. Biarkan jus lemon itu selama 10 minit sebelum membilasnya. Ulang langkah ini tiga atau empat kali seminggu.


5. Timun Sapukan dua hirisan timun ke bahagian ketiak selama satu atau dua minit. Biarkan jus timun itu kering selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air. Amalkan kaedah ini setiap hari untuk keputusan lebih berkesan. -Mstar





.

Sunday, January 25, 2015

TIPS Kenali kriteria lelaki Perfect 10



TIPS Kenali kriteria lelaki Perfect 10 | Tidak dinafikan bahawa lelaki sering berbicara mengenai kriteria wanita pilihan mereka, tetapi tahukah anda bahawa wanita juga mempunyai beberapa kriteria lelaki ‘Perfect 10’ yang diidamkan. Bagi wanita, tarikan seseorang lelaki bukan hanya pada paras rupa, tetapi ia meliputi kriteria tertentu yang ada pada lelaki idaman. Walaupun bukan semua kriteria yang diberikan ini ada pada seorang lelaki, tetapi jika mereka memiliki kebanyakan kriteria yang tersenarai, ia umpama bonus buat mereka untuk mendapat tempat di hati wanita. Nak tahu kriteria ‘Perfect 10’ yang bagaimana menjadi pilihan wanita?

Jom lihat senarai di bawah:

BERIMAN 

Kriteria yang paling penting perlu ada dalam diri seorang lelaki adalah beriman. Kerana suami adalah ketua keluarga dan merekalah yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.

BAIK HATI 

Baik hati adalah perkara biasa yang sering kita dengar sekiranya bertanyakan ciri-ciri lelaki idaman. Ia juga merupakan syarat kebiasaan bagi bakal ibu mertua yang ingin melihat anak perempuan mereka bahagia. Mengambil contoh filem’Suamiku, Encik Perfect 10’ di mana Zarief (Aaron Aziz) sanggup membantu Aleeya yang sedang dalam kesusahan walaupun pertama kali bertemu.

ROMANTIK 

Wanita juga sukakan lelaki romantik! Ini kerana lelaki kategori ini pandai mengambil hati dan bijak membuat wanita terasa seperti disayangi. Kadang-kadang lelaki sebegini mampu membuatkan wanita terasa seperti berada dalam babak filem ‘Suamiku Encik Perfect 10'

KELAKAR 

Kebanyakan wanita pasti sukakan lelaki yang kelakar! Lelaki yang memiliki sifat lucu akan membuatkan wanita sentiasa ketawa dan setiap kali keluar bersama suasana pasti akan ceria.

PANDAI MASAK 

Ha! Ini satu lagi kriteria yang kena ada pada lelaki ‘Perfect 10’! Pandai memasak! Jangan ingat isteri saja yang kena masak tiap-tiap minggu, sesekali apa salahnya jika kaum Adam pula yang masak? Pasti senyuman si isteri panjang lebar. Bukan susah pun, masak yang mudah - mudah pun jadilah, macam Aaron dalam filem ‘Suamiku, Encik Perfect 10’ tu. Jadi pihak lelaki, ada tak lima kriteria yang disebut itu dalam diri anda?

Bagi yang belum menyaksikan filem 'Suamiku, Encik Perfect 10', kesemua ciri tersebut ada pada Zarief tau! Ha kalau nak tahu apa yang membuatkan Zarief memiliki kriteria di atas kenalah tonton filem itu dulu. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan sebuah filem adaptasi novel yang bakal ditayangkan berjudul ‘Suamiku Encik Perfect 10’ bermula 22 Januari 2015 di pawagam berhampiran. -Awani




.

Wednesday, January 29, 2014

Tips : Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih



Tips : Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih | Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu. Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki. Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan. Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik. Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:

• Sports (27 peratus)
• SUV (16 peratus)
• Sedan (11 peratus)
• Hibrid (9 peratus)
• Trak UPS (4 peratus)
• Van (2 peratus)

Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus). Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus). Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus). Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:

• BMW (16 peratus)
 • Mercedes (14 peratus)
• Porsche (10 peratus)



 -HM




.

Monday, January 27, 2014

Tips kempiskan perut mudah



Tips kempiskan perut mudah | Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.


Jaga pemakanan 

Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.


Berhenti makan lewat malam 

Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.



Tinggalkan makanan & minuman ringan 

Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.


Lakukan senaman kardio 

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.


Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!




.

Sunday, January 26, 2014

Tips : Jus tomato elak barah payu dara


Tips : Jus tomato elak barah payu dara | Minum segelas jus tomato sehari mungkin membantu wanita mengelak mendapat barah payu dara dan prostat. Wanita yang mengamalkan minum atau makan tomato dapat meningkatkan hormon dan dipercayai melindungi mereka daripada penyakit itu. Penyelidik Amerika Syarikat berkata, kelebihan makan banyak tomato dan produk berasaskan tomato walaupun untuk jangka pendek ia mampu memberi manfaat untuk kesihatan. Sebagai contoh, segelas jus tomato mengandungi kadar lycopene terutama berwarna merah terang dipercayai membantu mencegah barah prostat. Mereka yang tidak gemar jus tomato boleh mempelbagaikan cara penyediaan hidangan seperti dijadikan sup, menambah sesudu sos tomato dalam pasta setiap hari.


Tingkat paras hormon

Penyelidik Universiti Rutgers di New Jersey, mengukur paras hormon 70 wanita berusia 55 tahun ke atas sebelum dan selepas menambah pengambilan tomato selama 10 minggu. Mengikut laporan Journal of Clinical Endocrinology & Metabolisme, kadar lycopene dalam segelas jus tomato sehari meningkatkan paras hormon adiponectin kepada sembilan peratus, Kawal paras lemak Adiponectin mengawal paras lemak dan obesiti diketahui meningkatkan kemungkinan mendapat barah payu dara. Kebanyakan wanita kurus mempunyai kadar tinggi hormon terbabit. Penyelidik Adana Llanos berkata: “Penemuan itu menunjukkan kepentingan pencegahan obesiti. Mengamalkan diet kaya dengan tomato mempunyai kesan besar ke atas paras hormon dalam kalangan wanita yang mengekalkan berat badan ideal.” - AGENSI




.

Saturday, January 25, 2014

Tips memilih baju kemeja untuk lelaki



Tips memilih baju kemeja untuk lelaki | Jika kaum Hawa berasa tidak lengkap tanpa dress atau skirt dalam almari, kaum Adam juga sebenarnya sama juga begitu, tetapi bukan dengan dress tapi pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip bagaimana untuk memilih kemeja yang terbaik supaya anda tampak menarik dan segak bergaya; Saiz Ini adalah perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya.

Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. 'Slim fit' antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, 'slim fit' membuatkan anda tampil segak bergaya.


Fabrik 

Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Fabrik yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. 'Italian Cotton' adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan jenis fabrik, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat.


Warna 

Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.


Kolar 

Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar 'narrow' yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.


Corak 

Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti 'Windowpanel' dan 'Pastel'.




.

Tahukah anda, kurma boleh langsingkan badan..


Tahukah anda, kurma boleh langsingkan badan.. | Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh anda perolehi termasuklah untuk menguruskan badan. Apa kata anda jadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Gantikan makan malam anda seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat. Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya.

Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah. Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Selamat mencuba!




.

Tips segarkan mata yang lesu



Tips segarkan mata yang lesu | Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia. Mata dapat menggambarkan keadaan sebenar anda samada anda sedang gembira atau pun sedang sedih, dan ia juga tidak terkecuali jika anda keletihan sepanjang hari dengan kerja seharian. Keletihan pasti akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan.

• Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.

• Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.

• Seterusnya, gabungkan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.

• Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.

• Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan menggunakan jari.

• Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.

• Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.




.

Friday, January 10, 2014

Tips menggayakan seluar 'palazzo'



Tips menggayakan seluar 'palazzo' | Seluar 'palazzo' juga dikenali sebagai seluar kaki lebar. 'Palazzo' atau seluar lebar ada peminat dan ada juga yang membencinya kerana gayanya yang terlebih ciri-ciri kewanitaan. Namun, jika anda sedang mencari sesuatu yang baru untuk dicuba pada badan anda sendiri, apa kata memulakannya dengan memakai seluar 'palazzo'. 'Palazzo' merupakan satu gaya yang popular di kalangan wanita pada tahun 30-an dan 60-an di Eropah.

Si pemakai 'palazzo' berkemungkinan mudah untuk jatuh, tetapi jika digayakan dengan betul, seluar 'palazzo' boleh menjadi satu aset daripada pakaian wanita untuk meningkatkan kecantikan dan gaya mereka. Ada sesetengah wanita berkata bahawa seluar 'palazzo' tidak begitu feminine kerana saiznya yang lebar tidak akan menonjolkan bentuk kaki. Walaubagaimanapun, dengan memakai seluar 'palazzo' anda sebenarnya boleh menyembunyikan kawasan yang anda tidak mahu ditenung orang lain. Tips memakai 'palazzo'/ seluar kaki lebar:

1) Pakai palazo dengan baju berwarna kosong dan tidak terlalu longgar daripada saiz banda anda untuk kelihatan kasual.

2) Untuk si gadis cilik, anda boleh memakai kasut bertumit tinggi untuk menambahkan ketinggian anda.

3) Jika anda seorang wanita yang bertubuh kurus, anda digalakkan memakai baju berambu-ramba dan tampak lebih cantik dengan kasut yang berhujung tajam.

4) T-shirt atau 'top' yang dipakai bersama 'palazzo' mestilah tidak longgar dan kelihatan rimas apabila dipandang. Cubalah memakai baju yang muat dengan saiz anda supaya ia dapat menonjolkan keseimbangan apabila digandingkan dengan seluar kaki lebar.

5) Jika anda baru menggemari fesyen seluar 'palazzo', carilah pakaian yang cerah dan kosong untuk bergaya. Apabila anda sudah biasa, apa lagi? Cubalah bereksperimen dengannya!

6) Ingat. Pilih dan pakai 'palazzo' yang kainnya selesa di bahagian pinggul.





.

Thursday, January 9, 2014

Bijak berfesyen khas untuk lelaki



Bijak berfesyen khas untuk lelaki | Dunia fesyen kini bukan lagi hanya untuk golongan wanita kerana golongan lelaki juga kini sudah bijak berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Dalam berfesyen jangan pula tidak kena gayanya, nanti kelihatan 'overdressed' atau pun pelik. Oleh itu, di sini kami inign berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda cuba. Ringkas tetapi bergaya Anda tidak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tip mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.


Peka pada fesyen dan pakaian anda 

Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa. Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.


Jangan beli kerana jenama 

Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi menarik berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.


Minta pendapat teman 

Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tip menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.


Jangan ikutkan sangat trend 

Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali-sekala suai padan pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!


Pastikan wajah bersih dan kemas 

Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodoran. Bercukur bagi wajah anda terutamanya nampak terurus.


Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk tampak bergaya dan segak. Selamat mencuba!





.

Sunday, December 15, 2013

Tips : Rahsia kurus dengan mudah



Tips : Rahsia kurus dengan mudah | Percaya atau tidak, sebahagian wanita menghabiskan masa selama 31 tahun berdiet. Malah, ada sebahagian daripada wanita merasakan amat sukar untuk kurus. Akhirnya mereka putus asa di pertengahan jalan. Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Lihat senarai di bawah dan praktikan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan. Makan bila perlu Jangan amalkan 'self reward' anda dengan makan. Ya, anda perlu memberikan diri anda sesuatu sebagai penghargaan jika anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup, tetapi makan besar itulah yang boleh membuatkan diet anda kurang berkesan. Ingat, ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda sahaja, dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.


Minum air secukupnya 

Berhenti mengambil minuman berkarbonat, bersusu, dan manis ketika menjamu selera. Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.


Kencangkan otot 

Sesetengah wanita berpendapat bahawa, otot yang kencang tidak memberikan apa-apa kesan untuk badan langsing. Salah! Otot-otot ini membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, diet sahaja tidak mencukupi untuk peha kecil, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.


Berjoging semasa perut kosong 

Berlari atau bersenam ketika perut kosong dapat meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.


Ubah gaya hidup 

Ini lebih kepada displin diri. Untuk mengelakkan berat badan bertambah anda perlu mengubah gaya hidup anda terlebih dahulu. Contohnya, jika anda lebih suka makan di luar berbanding masak, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.


Tetapkan sasaran 

Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pastikan anda capai sasaran anda sebelum bulan hadapan.


Luangkan masa untuk bersenam 

Berhenti memberi alasan dan menangguhkan senaman anda. Tahukan anda bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal?


Sekali sekala ke gimnasium 

Anda bosan melakukan senaman berseorangan? Anda boleh pergi ke gimnasium berdekatan untuk lebih ramai orang dan suasana yang tidak membosankan. Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.

 
Jauhi dadah 

Ini merupakan satu perkara yang penting. Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Dadah di sini termasuk pil-pil kurus yang sebenarnya boleh membahayakan kesihatan. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Jangan fokus pada satu bahagian sahaja 

Daripada anda fokus pada beberapa bahagian badan sahaja, apa kata anda melakukan senaman untuk kesuluruhan badan? Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga!


Selamat Mencuba!




.

Saturday, December 14, 2013

Tips bagaimana nampak cantik dimata teman lelaki



Tips bagaimana nampak cantik dimata teman lelaki | Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain. Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dantertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.


Lentikkan bulu mata 

Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan. Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.


Warna gincu tahan lama 

Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat. Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya. Tip untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.


"Eyeliner" tidak mudah luntur 

Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya. Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.


Peranan pengilat bibir 

Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.


Sediakan kertas minyak dan tisu 

Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda. Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.




.

Monday, December 2, 2013

Tips wajah cerah dalam masa seminggu



Tips wajah cerah dalam masa seminggu | Perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat 'aur dan tebing', kerana kecantikan itu adalah teman sejati setiap wanita. Tetapi bagaimana untuk mengekal kecantikan wajah anda untuk sentiasa cerah dan adakah cara untuk mendapatkan kulit wajah cerah dalam masa seminggu. Ya ada caranya untuk mendapat wajah yang cerah, bersih dan halus mulus dengan syarat anda si gadis perlukan disiplin, komited dankonsisten untuk mengamalnya kerana untuk cantik perlukan sedikit pengorbanan bukan. Walaupun kita sering merungut cuaca panas terik dan sinar mahatari boleh membuatkan kulit kusam dan kering tetapi jangan bimbang ada cara mudah untuk mengekalkan kehalusan wajah anda itu.

Disini ada beberapa tips yang boleh diamalkan:


Rajin bersihkan muka 

Tip pertama dan yang paling penting rajin-rajinlah bersihkan muka dan haruslah tahu untuk menggunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit anda. Kalau boleh lakukan setiap pagi dan selepas melakukan aktiviti sukan kerana pastinya masa itu anda akan berpeluh dan perlukan penjagaan muka yang rapi.


Lakukan urutan di sekeliling wajah 

Lakukanlah sedikit urutan di bahagian muka ketika hendak mencuci muka dengan memicit dan mengosok lembut di bahagian muka kerana ianya boleh melancarkan aliran darah juga. Teknik ini turut boleh diamalkan untuk menghilang tekanan disamping dapat melegakan dan membuat anda lebih selesa selepas itu.


Scrubing 

Kebiasaannya mengikut kajian punca kulit nampak kusam, lesu dan tidak bermaya ini disebabkan kulit sel telah mati di kawasan liang pori muka. Oleh itu, untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan teknik 'scrubing'. Ia tebukti berkesan untuk menanggal segala bintik hitam dan kulit mati. Akhirnya juga ia dapat memberikan kesegaran pada wajah anda.


Amalkan penggunaan 'sunblock' 

Sekiranya anda peminat aktiviti lasak dan 'outdoor' anda haruslah menjaga kelembapan kulit anda dengan mengamalkan penggunaan krim atau 'sunblock'. Ianya untuk melindungi kecerahan kulit selain tidak elok dibiarkan kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari takut-takut bukan sahaja boleh mengelapkan kulit.


Guna 'masker' 

Sebelum tidur amalkan tip ini iaitu menggunakan 'masker' untuk menyingkir sel mati yang ada pada wajah anda.Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya boleh menyerap ke dalam kulit wajah. Malahan ia juga boleh memberi nutrisi dan mampu untuk memutihkan kulit.




.

Wednesday, November 13, 2013

Cara mengatasi masalah tidak ada teman lelaki


Cara mengatasi masalah tidak ada teman lelaki | Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan. Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan. Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan. Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. “Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi




 P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Sunday, November 3, 2013

Antara cara terbaik menurunkan berat badan


Antara cara terbaik menurunkan berat badan | Sekumpulan saintis dari Sepanyol mendapati pengambilan coklat dalam jumlah banyak adalah salah satu cara terbaik menurunkan berat badan selain memberi kesan positif kepada peredaran dan tekanan darah serta kesihatan jantung. Menurut Janet Aylott dari Universiti Granada, kajian meluas membuktikan diet dengan cara menahan pengambilan makanan lebih cenderung untuk gagal. "Kunci utama berdiet adalah melalui pendekatan yang lebih santai dan menikmati apa yang anda gemari," jelasnya lagi pada laporan DailyMail.




.

Tips : Cara keringkan jerawat dalam satu malam



Tips : Cara keringkan jerawat dalam satu malam | Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!


AIS BATU

Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.


 CAMPURAN KAYU MANIS & MADU

Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.


PERAHAN LEMON

Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.


UBAT GIGI

Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.


PUTIH TELUR

Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.





.

Tuesday, October 15, 2013

Tips kecantikan dengan menggunakan uncang teh


Tips kecantikan dengan menggunakan uncang teh | Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh.


Spa wap teh

Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya.


Surutkan mata bengkak

Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata.


Betulkan kuku yang patah

Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.




.

Thursday, October 10, 2013

Tips menghilangkan jerawat di belakang badan



Tips menghilangkan jerawat di belakang badan | Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.


Basuhan kerap 

Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.


Pengelupasan 

Pengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.


Rawatan menggunakan ubat 

Anda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.


Utamakan pakaian anda 

Berbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.




.

Friday, October 4, 2013

Tips fesyen buat lelaki yang kurus



Tips fesyen buat lelaki yang kurus | Kebiasaanya mereka yang berbadan kurus lebih mudah untuk berfesyen kerana senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya. Namun bagi orang yang terlalu kurus, mereka juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Bukan orang yang berbadan besar sahaja yang ada masalah nak beli baju kerana tidak ada saiz, tetapi orang yang kurus pun ada masalah dalam berfesyen kerana sukar memilih pakaian yang tidak nampak seperti memakai pakaian besar. Oleh itu, di sini kami ada beberapa tips untuk jejaka yang berbadan kurus untuk kelihatan lebih maskulin dan sesuai dengan bentuk badan:

- Elakkan dari memakai pakaian yang berbentuk 'fit' kerana ianya bukan membuatkan anda lagi nampak kurus tetapi akan lebih membuatkan anda seperti tengkorak. Sebaiknya pilihlah pakaian mengikut saiz badan dan cubalah terlebih dahulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta pandangan daripada orang lain.

- Pilih pakaian yang mempunyai banyak corak seperti berbelang, berbunga dan yang ada tulisan kerana pakaian yang bercorak akan mengurangkan fokus pada tubuh badan dan pandangan mereka lebih tertarik dengan pakaian yang anda pakai.

- Sekiranya ingin memakai T-shirt, pilihlah yang berkolar dan elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai corak leher v atau bulat kerana T-shirt yang berkolar akan menampak dada kelihatan lebih bidang dan tegap.

- Akhir sekali gaya rambut juga haruslah dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Seeloknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.

Semoga info ini dapat membantu anda!!




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!