Wanita ini hidup semula selepas disahkan mati 2 minggu yang lalu | Seorang wanita yang 'telah mati' dua minggu lalu, muncul semula minggu lalu. Wanita berusia 50 tahun itu yang dikenali sebagai Sharolyn Jackson disahkan mati dan dikebumikan pada 3 Ogos lalu di New Jersey. Ibu Jackson, Carrie Minney berkata, wanita yang diletakkan di dalam keranda ketika itu menyerupai anak perempuannya kecuali bahagian hidungnya, Katanya, keluarganya tidak mencurigai keadaan itu kerana menganggap mungkin sesuatu telah berlaku kepada hidung Jackson semasa proses pengawetan mayatnya dilakukan. ''Terdapat banyak persamaan yang kuat (antara Jackson dengan mayat itu),'' kata Minney sewaktu ditemubual menerusi telefon dari rumahnya di Trenton, New Jersey, semalam.
Selepas Jackson muncul semula di Hospital Pennsylvania minggu lalu, polis membuat pengesahan bahawa wanita itu merupakan Jackson berdasarkan cap jarinya. Anak lelaki Jackson pergi ke hospital itu dan turut mengecam ibunya. ''Kata anak lelakinya, itu adalah ibunya. Kami membuat kesilapan besar,'' kata jurucakap Jabatan Kesihatan Philadelphia, James Garrow. Jackson dilaporkan hilang ketika pasukan perubatan menemui mayat seorang wanita di bahu jalan di Philadelphia dan membawa mayat itu ke hospital dengan kematiannya disahkan berlaku pada 20 Julai. Satu daripada anak Jackson berkata, ibunya menerima rawatan kerana masalah mental dan dadah. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment