Thursday, September 26, 2013

Inilah punca bayi berusia lima bulan yang mati di taska



Inilah punca bayi berusia lima bulan yang mati di taska | Pusat asuhan yang terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki di Presint 9, di sini semalam, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permitnya sah sehingga Jun 2016. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagaimanapun siasatan mendapati jumlah pengasuh di pusat asuhan itu tidak mencukupi berbanding jumlah anak jagaan mereka. "Kes ini masih dalam siasatan polis, namun pada masa yang sama taska itu masih dibenar beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas melawat pasangan Ismail Ramli, 28, dan Zurinawati Ismail, 26, ibu bapa kepada Mohd Danish Rayqal, bayi berusia lima bulan yang ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuh di pusat asuhan itu pukul 3 petang semalam. Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Mengulas lanjut, Azizah berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan seterusnya. - Bernama





.

3 Penyokong CHELSEA:

blogger lelaki on September 26, 2013 at 10:41 AM said...

kesin dkt baby tu

Farah Waheda Wahid on September 26, 2013 at 10:51 AM said...

zaman sekarang ni seriau nak tinggalkan anak kat taska, atau pusat asuhan, tapi nak buat macama mana, demi mencari rezeki terpaksa tawakal jer lah...

JunAina on September 26, 2013 at 12:10 PM said...

Sebelum ni pun ada juga rasanya kat KL juga baru minggu lepas meninggal dalam jagaan pusat asuhan.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!