Kejadian itu terjadi selepas satu kemalangan | Seorang pemuda di China memiliki satu anggota hidung baharu yang tumbuh di dahinya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun lalu. Xiaolian, 22, terpaksa melalui satu prosedur pembedahan luar biasa apabila dia gagal menjalani rawatan susulan trauma hidung akibat kemalangan yang berlaku pada Ogos 2012. Ekoran itu, para doktor terpaksa mengambil tindakan luar biasa selepas satu jangkitan kuman mula merosakkan tulang rawan hidungnya yang asli. Keadaan tersebut telah menyukarkan para doktor melakukan pembedahan untuk memperbetulkan hidungnya kembali.
Justeru, satu prosedur pembedahan terpaksa dilakukan di sebuah hospital di Fuzhou, Fujian, China. Satu anggota hidung baharu terpaksa ditanam dengan meletakkan tisu pengembang kulit ke dahi Xiaolian. Tisu itu kemudian dipotong menjadi bentuk hidung, manakala sejenis tulang rawan yang diambil dari tulang rusuknya telah ditanam ke dalam tisu berkenaan. Pakar bedah berkata, hidung baharu itu berada dalam keadaan baik dan pembedahan pemindahan boleh dilakukan dalam waktu terdekat. - Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
erk..biar betik..macam tak logik je
Post a Comment