Wednesday, September 11, 2013

Mari kenali cinta hati pemain tenis hebat ini, Serena Wiiliam


Mari kenali cinta hati pemain tenis hebat ini, Serena Wiiliam | Serena Williams mengakui 'cinta' adalah kunci kepada kejayaan yang dicatatkan dalam tempoh 13 bulan ini, di mana dia telah meraih pingat emas Sukan Olimpik, dua kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Perancis. Selepas tidur lena hasil kejayaan merangkul gelaran kelima Terbuka Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu, dia dikejutkan oleh sekumpulan wartawan apabila ditanya tentang cinta. "Cinta? Saya rasa ia sangat penting dalam kehidupan tetapi saya tidak pakar dalam bidang ini. "Semua orang pasti berkata, saya mungkin sedang dicintai seseorang. Sebenarnya, memang saya jatuh cinta... tetapi saya jatuh cinta dengan tenis," ujar Williams, yang lebih berminat untuk menyembunyikan kisah peribadinya.

Pemain No. 1 dunia dari Amerika syarikat itu sedang hangat bercinta dengan jurulatihnya dari Perancis, Patrick Mouratoglou. Sebagai jurulatih, Mouratoglou, 43, sentiasa berada di samping bintang Amerika Syarikat yang bakal menginjak usia 32 tahun itu pada 26 September ini. Bercerita bagaimana mereka berkenalan, Williams berkata: "Saya ada urusan peribadi di Perancis dan mahu keluar dari Amerika Syarikat untuk menenangkan fikirkan ketika itu. "Ketika berada di Perancis, saya mencari tempat untuk berlatih dan ketika itulah saya bertemu dengannya. "Satu-satunya sebab mengapa kami boleh berkerjasama, dia dan saya mempunyai pemikiran yang sama tentang visi."


Bagaimanapun kedua-dua mereka jarang bercakap mengenai hal peribadi, sebaliknya lebih gemar menyentuh mengenai karier tenis Williams. "Dia berlatih seperti usianya baharu 19 tahun, iaitu ketika dia begitu menginginkan gelaran Grand Slam pertamanya. "Dia masih ada keghairahan yang sama, malah permainannya bertambah baik dari masa ke semasa, dia seorang yang sangat berbeza sejak bangkit daripada masalah kecederaan," kata Mouratoglou. Kemenangan Ahad lalu, membolehkan Williams muncul pemain wanita paling tua meraih gelaran Terbuka AS sejak 1968.

Kejayaan itu juga menyaksikan Williams kini meraih 17 trofi Grand Slam, kurang satu di belakang Chris Evert dan Martina Navratilova, selain lima di belakang Steffi Graf. Margaret Court memegang rekod 24 kejuaraan. Biarpun telah memenangi semua kejuaraan utama yang ditawarkan, Williams menegaskan, dia belum memikirkan tentang persaraan. "Saya masih belum memikirkan tentang nombor, usia atau bila hendak berhenti bermain. "Malah, saya tidak melihat diri saya akan bersara dalam masa terdekat kerana masih ada sasaran yang perlu dipenuhi," katanya lagi. dan masih ada sasaran yang perlu saya capai. - Reuters





.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on September 11, 2013 at 2:29 PM said...

wah ini kalau lahir anak mix ni... ^_^

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!