Friday, September 13, 2013

Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dan selamat


Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dan selamat | Sepasang kembar siam dari Nigeria, berjaya dipisahkan selepas menjalani pembedahan selama 18 jam oleh sepasukan 40 doktor pakar di sini, umum pakar bedah pediatrik, Prashant Jain, kelmarin. Menurut Jain, kembar terbabit yang berusia setahun, Hussaina dan Hassana melekat di bahagian belakang badan dan ia merupakan kes yang jarang-jarang berlaku. Jain berkata, hanya 15 peratus daripada kesemua kembar siam dilahirkan dengan keadaan sedemikian yang dikenali sebagai pygopagus. Katanya, pembedahan yang dilaksanakan pada bulan lalu itu membabitkan tiga peringkat iaitu persediaan, pemisahan dan pembinaan semula organ yang dikongsi termasuk tulang belakang, usus dan alat kelamin.


"Kebiasaannya kembar siam bercantum di bahagian depan badan atau kepala dan kes ini merupakan satu cabaran besar untuk kami memisahkan mereka. "Kami melakukan percubaan menggunakan patung, tiub, wayar, jarum suntikan dan ubat yang ditandakan dengan warna biru serta merah bagi setiap kanak-kanak terbabit untuk mengelakkan berlakunya kesilapan," katanya. Semasa sidang akhbar diadakan, kembar berkenaan, Hussaina dan Hassana kelihatan sihat dan gembira sambil ditemani ibu mereka, Malama Badariyya Badaru. Malama yang berasal dari Kano, barat laut Nigeria berkata, dia berasa sangat gembira apabila melihat kembarnya berjaya dipisahkan dan boleh memegang mereka secara berasingan. "Doktor di negara kami memaklumkan seorang daripada anak kami tidak akan terselamat jika melakukan pembedahan di sana. "Seorang dermawan yang enggan dikenali membantu kami dan menghantar anak saya ke India yang mempunyai kemudahan baik serta kos lebih rendah," katanya. - AFP




.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 13, 2013 at 9:54 AM said...

kuasa Tuhan boleh jadi apa saja.. syukurlah,dapat pisahkan dengan selamat.. saya jemput awk join GA nie
http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/special-giveaway-2013-by-misz-nadea.html

Solehah Shamsuddin on September 13, 2013 at 10:20 AM said...

Alhamdulillah, diorang berjaya dipisahkan :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!