Pemandangan menakjubkan oleh jutaan pepatung disepanjang Sungai Danube | Berjuta-juta ekor pepatung jenis Mayfly berterbangan di sepanjang Sungai Danube semalam, selepas serangga berkenaan menetas buat pertama kali di sini dalam tempoh 40 tahun. Fenomena tersebut menyukarkan orang ramai bergerak sama ada berjalan kaki atau menggunakan kenderaan, berikutan persekitaran yang terlalu padat dengan serangga itu. Malah, penglihatan pemandu dan penunggang basikal turut terganggu disebabkan kumpulan besar pepatung berkenaan menutupi cermin dan muka mereka. Spesies pepatung Mayfly merupakan serangga yang jarang berterbangan pada waktu malam.
Seperti tarikan pepatung di Sungai Tisza, fenomena di Sungai Danube semalam mungkin menjadi tarikan baharu pelancong untuk melihat serangga itu. Berpuluh-puluh orang memenuhi laluan pejalan kaki dan jambatan di kawasan terbabit untuk melihat fenomena menarik tersebut yang dikenali sebagai Dunavirag. Kemunculan serangga itu di Danube dipercayai akibat usaha pihak berkuasa membersihkan air sungai sejak beberapa tahun lalu dan pepatung Mayfly akhirnya menetas buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun. Pepatung Mayfly yang berwarna putih dan berukuran kira-kira satu sentimeter panjang hanya mempunyai masa beberapa jam untuk mengawan sebaik-baik menetas sebelum ia mati. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment