Pentingnya memastikan pengambilan makanan 'bakteria baik' | Orang ramai yang mengalami masalah gelisah, autisme dan skizofrenia mungkin perlu makan lebih banyak bakteria 'baik' yang banyak terdapat dalam makanan seperti yogurt. Hal ini kerana, beberapa saintis berpendapat, terdapat kemungkinan kaitan antara mikrob atau organisma halus pada saluran penghadaman dengan gangguan seperti penyakit-penyakit tersebut. Mereka mula menyedari tentang kuasa bakteria usus yang sihat, terutamanya melihat orang dewasa mempunyai 2.2 kilogram bakteria dan berjuta organisma dalam saluran penghadaman mereka. Bakteria baik atau lebih dikenali sebagai Probiotic, biasanya ditemui dalam sebahagian makanan yang disimpan lama dengan mengandungi bakteria aktif seperti yogurt, yogurt soya atau makanan tambahan.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Nutritional Neuroscience oleh peneraju ujian untuk faktor nutrisi dalam penyakit kronik, The Great Plains Laboratory menunjukkan kadar HPHPA iaitu hasil sampingan kimia bakteria clostridia, lebih tinggi di dalam air kencing kanak-kanak yang mengalami masalah autisme. Mereka yang dirawat dengan antibiotik amat berkesan terhadap clostridia dengan menunjukkan penurunan gejala autisme.
Dr. James Greenblatt, seorang pakar psikiatri Boston merawat seorang remaja bernama Mary yang mempunyai masalah penyakit mental akibat kerisauan dan mempunyai gaya pemikiran dan tingkah-laku bersifat memaksa (OCD) dan pelbagai masalah penghadaman. Dia menggunakan probiotic berkuasa tinggi bagi menggalakkan bakteria baik diikuti dengan antibiotik, sekali gus membuatkan paras penyakitnya menurun. Selepas enam bulan, simptom yang dialami Mary mula menghilang dan selepas beberapa tahun ia sudah tidak ada lagi. Hari ini, selepas tiga tahun, Mary seorang pelajar sekolah tinggi tidak mempunyai tanda-tanda gangguan mental. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
Nice sharing.. Sedapnya yogurt...
Post a Comment