Sanggup hidup terasing kerana tidak mahu bergaul dengan masyarakat | Seorang lelaki China yang tidak gemar bersosial, sanggup memilih untuk hidup bersendirian di dalam gua sejak 20 tahun lalu, semata-mata kerana dia tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Kehidupan yang dijalani Feng Mingshan, 54, bukanlah mudah kerana dia perlu memanjat setinggi 50 meter setiap hari di cerunan hampir 90 darjah untuk sampai ke pintu gua atau 'rumahnya' yang telah dipasang dengan tirai. Mingshan mula berpindah dari bandar Gaoba di barat laut wilayah Shaanxi pada 1993 kerana dia mahu hidup seorang diri. Kehidupan terasing yang dilaluinya kini, menjauhkan lelaki itu daripada sebarang kemodenan, malah dia juga dilihat selesa berbogel untuk mencari kayu api. Menurut adiknya, Feng Xueming, Mingshan mempunyai personaliti yang agak pelik dan dia tidak mahu bercakap dengan orang lain.
Menurut laporan media tempatan, lelaki gua itu turut membesarkan 'rumahnya' dan memahat cerunan bagi memudahkan dia memanjat. Laporan menyatakan bahawa Mingshan menemui gua itu semasa dia masih kanak-kanak. "Gua ini dahulunya kecil, tetapi saya memperbesarkannya kepada saiz sekarang hanya menggunakan sebatang tukul besi. "Saya juga membersihkan laluan sepanjang ke gua. Musim panas di sini juga agak sejuk,'' katanya sebagaimana dipetik The Mirror. Namun, ketika penduduk tempatan tertarik dengan keupayaannya memanjat cerunan itu, pihak berkuasa mahu memujuknya keluar dan menempatkannya di rumah penjagaan. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment