Zoo Surabaya umpama zoo neraka yang seksa haiwan | ZOO sepatutnya menjadi 'syurga' bagi haiwan yang diancam kepupusan ekoran pemodenan dan pembangunan dunia dengan mendapat perlindungan serta diberi makan dan penjagaan secukupnya. Selain itu, zoo menjadi tarikan bagi pengunjung terutamanya yang sudah berkeluarga untuk meluangkan masa membawa anak-anak mengenali spesies-spesies unik dan sukar ditemui. Namun, lain pula Zoo Surabaya yang terletak di Jawa Timur apabila pendedahan mengejutkan media sejak beberapa tahun lalu mendapati kehidupan kebanyakan haiwan di pusat pemuliharaan dan pemeliharaan tersebut tidak ubah seperti tinggal di dalam 'neraka.' Mana tidaknya, kebanyakan haiwan di zoo terbesar di Indonesia itu mengalami kebuluran ekoran tidak diberi makan secukupnya kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan.
Malah, keadaan Zoo Surabaya juga sangat menyedihkan dan menjengkelkan mata pelawat yang mahu melihat aksi menarik haiwan seperti harimau, gajah, kuda, zirafah dan binatang lain yang ditempatkan di situ. Spesies harimau Malaya dan singa Afrika yang sepatutnya mencapai berat purata antara 100 kilogram (kg) hingga 120 kg bagi kategori dewasa, hanya mempunyai berat tidak sampai 50 kg akibat tidak diberi makan secukupnya. Keadaan fizikal dua haiwan tersebut sangat menyentuh hati kerana terlalu kurus dan tidak bermaya sehingga menampakkan bentuk tulang badan. Dalam kes lain yang lebih mengejutkan beberapa tahun lalu, penjaga zoo menemui sekurang-kurangnya 25 butir batu di dalam perut seekor buaya yang mati akibat kelaparan dan dipercayai memakan batu berkenaan.
Ada dakwaan mengatakan antara punca masalah kekurangan makanan disebabkan tindakan pekerja zoo membawa pulang atau menjual makanan haiwan di zoo itu. Krisis kewangan yang dihadapi pihak zoo didedahkan media sejak beberapa tahun lalu apabila sebanyak 250 binatang mati dalam tempoh setahun. Selain kekurangan makanan, pihak zoo juga didapati tidak menyediakan kemudahan sepatutnya seperti pusat veterinar dan tempat tinggal sesuai untuk haiwan di situ. Ekoran itu, banyak kes haiwan mati tidak dirawat dilaporkan termasuk seekor gajah betina yang mati pada Julai lalu akibat kecederaan di lutut.
Dianggarkan 25 haiwan mati setiap bulan, kebanyakannya akibat masalah paru-paru, dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dan kekurangan zat makanan, selain masalah persekitaran kotor, kekurangan makanan berkhasiat dan zoo yang sesak. Kisah penderitaan haiwan di Zoo Surabaya mendapat kumpulan aktivis pencinta haiwan yang menyuarakan keprihatinan mereka dengan melancarkan kempen bagi menyelamatkan semua haiwan di zoo berkenaan. Mereka melancarkan petisyen menerusi laman web http://preciousjules1985.wordpress.com/tag/surabaya-zoo/ bagi mendesak kerajaan Indonesia memaksa pihak berkuasa mengambil langkah menutup zoo tersebut dan memindahkan haiwan ke pusat penjagaan lain yang lebih baik.
.
2 Penyokong CHELSEA:
Ya Allah, kesiannya haiwan-haiwan tu. ;(
Iku pengurus ancen asu kabeh ..make e dancuk nek gak iso ngurus minggiir dasar goblookk ..karwo iku yo gubernur goblok ra entos kerjae
Post a Comment