Suami lafaz talak selepas tiga jam nikah di masjid | Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu. Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau. “Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. “Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak. -Kosmo
.
13 Penyokong CHELSEA:
Kenapa boleh jadi begini ni....pasti ada sesuatu yangberlaku kepada si isteri ketika belum kahwin dulu?
Mcm2 kes... Yg peliknya klu marah pun x blh bincang ke
Kasihannya....ada hikmah disebalik setiap kejadian. Amin.
Hendak lah kita berbaik sangka
Apa sebabnya jadi macam ni?? Kesiannya..
kesian buat persediaan mcm2 last2 mcm ni kesudahan dh la ari yg sm...
Mungkin ada yg tersirat tak diucapkan?
psst...td klik blog Lulu terus keluar kat pc, trojan harmful...apatah..
kesiannya... btw, baju dia sejibik. ngee
Teluk Kumbar dan Balik Pulau? Tempat saya kot. Hm kesian dekat dia. Harap dia sabar banyak2.
kesian dia.... apa punya jantan la ni...so stupid...peri kemanusiaan la skit...huhhh
da x virgin kot
siannye :(
siannye :(
http://sweetmom83.blogspot.com
Post a Comment