Wednesday, January 29, 2014

Pelakon dan pelawak Syanie Hisham, berbicara mengenai hari penikahannya pada 1 Mac ini


Pelakon dan pelawak Syanie Hisham, berbicara mengenai hari penikahannya pada 1 Mac ini | Saat ini pelakon dan pelawak Syanie Hisham sedang menghitung hari penikahannya dengan jejaka pilihan, Nadi Putera Mohd. Zainol. Bakal melangsungkan perkawinan pada 1 Mac ini, istimewanya pasangan tersebut sepakat mahu mengadakan majlis bersejarah mereka itu di tepi pantai. "Ini perkahwinan kali kedua saya. Juga perkahwinan kali kedua bagi bakal suami saya. Jadi kami nak buat sesuatu yang berbeza. Majlis kami berkonsepkan 'beach wedding' dan akan diadakan di Sandy Beach Resort, Cenang, Langkawi. Alhamdulillah keluarga bakal suami saya juga menyambut baik idea ini. Kebetulan keluarga bakal suami saya berasal dari Kedah. Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 12 Mac.

"Majlis kami nanti sangat santai dan tetamu yang hadir boleh memakai apa saja pakai yang mereka rasa selesa. Tak kisah lah nak pakai dress ker atau pario sekalipun. Janji jangan overshadow saya", kata Syanie sambil tertawadan kemudia meneruskan perbualan dengan berkata, "Saya juga tak kisah kalau majlis saya nanti nampak macam bukan seperti majlis kahwin sebab kami memang pilih konsep santai. Hanya ada majlis nikah tapi kami tak buat majlis bersanding. Ia lebih pada meraikan hari bahagia kami bersama-sama keluarga dan teman-teman. Lebih istimewa, akan ada satu gimik dari bakal suami saya pada hari pernikahan kami nanti", ujarnya ketika ditemui pada malam final, Masterchef All Stars, di Signature, 1st Avenue, malam tadi.

Menurut Syanie lagi, dia memilih Pulau Langkawi untuk mengabadikan hari perkahwinannya kerana tempat tersebut adalah lokasi percutian kegemarannya. Disebabkan kerap bercuti di pulau itu, Syanie mempunyai ramai kenalan di sana. Malah mereka gembira dan sedia menghulurkan bantuan untuk menuruskan majlis perkahwinannya. "Saya suka bercuti di Langkawi dan saya dah kenal ramai kawan di sana. Mereka sedia bantu saya untuk melancarkan lagi perjalanan majlis saya nanti. Misalnya, pihak resort sudi menaja bilik untuk para tetamu saya. Walaupun begitu, ramai jua saudara mara yang beritahu mereka tidak dapat hadir kerana jauh. Dah mereka tak boleh datang, nak buat macam mana, kan", katanya. Difahamkan Syanie bakal bernikah pada sebelah pagi iaitu pada jam 11 pagi. Manakala majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam. Seramai 200 tetamu dijangka hadir pada hari tersebut. Syanie dan Nadi telah mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Syanie turut meluahkan rasa gementar mahu kembali bergelar isteri. "Selepas 12 tahun, akhirnya saya akan kembali bergelar isteri. Jadi saya gementar sebab memikirkan bolehkah saya pikul semula tanggungjawab sebagai isteri. "Tapi sepanjang bertunang ni, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tunang saya tu suka makan dan sejak saya sertai Masterchhef, dia selalu minta saya masakkan untuknya",katanya. Mengenai persiapan pula, Syanie berkata dia berasa bertuah kerana boleh dikatakan segala keperluan untuk majlisnya mendapat tajaan daripada pelbagai pihak. "Saya tak sangka ramai yang hubungi saya dan nyatakan hasrat mereka nak taja perkahwinan saya. Daripada baju, lokasi majlis, dandanan malah inai pun saya mendapat tajaan. "Setakat ini persiapan hampir sempurna. Tapi yang lucunyanya, barang hantaran semuanya dah siap dibeli dan segala urusan semua hampir selesai. Cuma satu jer yan kami betul-betul terlupa, cincin! Esok (hari ini) baru kami nak pergi beli cincin kahwin", katanya sambil tertawa. -mD





.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis on January 30, 2014 at 7:33 AM said...

Jom join =)
http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

Scha Rosl on January 31, 2014 at 12:18 PM said...

nadi putera in my neighbours, gagagagag. tahniah putra XD

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!