Tuesday, November 19, 2013

Inilah sebabnya Perdana Menteri tak naik Pesawat MAS Untuk Lawatan Ke Luar Negara



Inilah sebabnya Perdana Menteri tak naik Pesawat MAS Untuk Lawatan Ke Luar Negara  | Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain. "Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang). "Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara. Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja. Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara. Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik. "Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya. Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan. -BERNAMA





.

5 Penyokong CHELSEA:

somoon on November 19, 2013 at 11:08 AM said...

Nice blog

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on November 19, 2013 at 11:43 AM said...

yela2..ikut suke la..duit 'korang' T_T

eima on November 19, 2013 at 11:46 AM said...

wakil rakyat adalah sesorg yg bekerja utk rakyat. rakyat adalah majikan wakil rakyat... tp nampaknye mereka lebih hebat dr org yg mengundi mereka .... kadang tu aku kecewa ....

need on November 19, 2013 at 1:00 PM said...

masih nampak membazir...

Farah Waheda Wahid on November 19, 2013 at 1:39 PM said...

bukan memang ada pesawat peribadi ke?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!