Kisah perompak yang cedera parah ketika cuba merompak dan diselamatkan tuan rumah | Seorang perompak terpaksa meminta bantuan tuan rumah yang dirompaknya selepas dia cedera parah ketika cuba memasuki rumah itu. Pegawai penyiasat Dennis McGowan memberitahu wartawan, pencuri berusia 20 tahun itu cedera di lengannya ketika memecah cermin tingkap rumah itu. Dia kini dirawat di hospital dan dilapor dalam keadaan kritikal.
Tuan rumah Pablo Solorio berkata, dia dikejutkan dari tidur oleh bunyi cermin pecah dan mendapati lelaki itu meraung kesakitan dan meminta tolong di ruang tamu kediamannya. Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan sementara menanti dia ditahan secara rasmi, mendakwa dia memecah masuk rumah mangsa kerana melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Polis bagaimanapun tidak mempercayai ceritanya sebaliknya yakin dia memecahkan tingkap rumah mangsa untuk merompak. - Agensi
3 Penyokong CHELSEA:
semoga perompak tu insaf bila tuan rumah dah buat baik dengan dia balik...
padan muka si perompak
tudia..nasib la tuan rumah baik..tidak jemmm
Post a Comment