Ibu guna anak perempuan enam tahun untuk rompak kedai emas | Taktik seorang wanita yang menggunakan anak perempuan berusia enam tahun untuk merompak sebuah kedai emas di sini, berhasil apabila mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah lebih 500,000 riyal (RM487,000). Ketika kejadian, wanita berkenaan yang memakai burka dan seorang lagi rakannya dikatakan cuba berbual dengan seorang jurujual di kedai itu bagi mengalihkan perhatiannya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, kanak-kanak itu yang menggalas sebuah beg berwarna-warni menyelinap masuk ke bawah kaunter bayaran untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas.
Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu kembali semula kepada ibunya yang masih berbual dengan jurujual berkenaan. Rakaman itu juga menunjukkan kanak-kanak berkenaan membawa sesuatu yang berikat, dipercayai wang tunai dan memasukkan wang tersebut ke dalam beg tangan ibunya. Selepas berhasil mendapatkan wang, ketiga-tiga suspek terus meninggalkan kedai itu dan jurujual berkenaan langsung tidak menyedari bahawa kedainya telah dirompak. Sehingga kini polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian rompakan itu. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment