SHA & SHAH - SHA IBRAHIM | Siapa sangka 2 sahabat karib dari kecil, mula bertukar gelaran menjadi suami isteri. Walaupun hanya dengan alasan, Shah yang mengelak dikahwini dengan wanita lain, dan lebih memilih sahabatnya Sha sebagai isteri, Sha akur dengan jodoh itu. Sha dengan sikap yang sabar dan sering mempercayai Shah yang terkenal dengan sikapnya yang suka mendampingi wanita. Setiap gosip ditangani dengan bijak oleh Sha, tahulah, Shah kan orang terkenal.. Dan Sha sahaja yang benar-benar mengenali dirinya. Diatas kualiti mempersona dan menakjubkan Sha itulah, membuatkan Shah sangat menyayangi Sha. Hubungan persahabatan yang tetap diteruskan selepas berkahwin, menjadikan Shah mula melihat Sha sebagai seorang yang sentiasa dia perlukan. Sentiasa ada bersamanya. Dan sentiasa melengkapi kekurangannya.
Nampaknya, perasaan cinta antara mereka sudah lama bermula dan subur dalam hati masing-masing. Dan apabila ianya terluah, kehidupan rumahtangga mereka menjadi sangat bahagia. Siapa sangka Sha yang kasar akan berubah semanja itu?? Dan siapa sangka Shah mula tidak berminat dengan sikap negatifnya. Namun nampaknya ada yang iri dan dengki dengan kebahagiaan mereka. Nyawa Sha dalam bahaya disebabkan Atilia yang berniat jahat merampas Shah darinya. Dapatkah nyawa Sha diselamatkan??
Dah lama nak memiliki novel ni, alhamdulillah lulu berjaya memilikinya dalam 1Book Expo di PWTC baru-baru ni. Selamat membaca.. Lagi penulisan hebat daripada penulis, Sha Ibrahim :)
Tajuk Sha & ShahPenulis : Sha IBrahimHalaman : 761 muka suratHarga : RM26/RM29
.
7 Penyokong CHELSEA:
singgah sini,klik nuff.. :)
boleh jadi drama bersiri ni. Menarik
macam best ja..nak carik la novel ni mana tau da ada dijual sini..
confirm best cerita tu , day suka je klau cerita friendship jdi cinta . haha . buku kaki novel mmg best , btw singgah sini :)
waw
Waw
sy mw novel tu.. mcm best je.. dimna sy bolh dpatkannya?
Post a Comment