Penemuan menakjubkan di Afrika | Lembing batu tertua di dunia yang berusia 280,000 tahun ditemukan di Afrika, menunjukkan ia wujud sebelum kemunculan manusia iaitu kira-kira 80,000 tahun kemudian. Penemuan lembing tersebut membawa maksud senjata itu mungkin dicipta oleh nenek moyang kepada manusia purba berbanding spesies sama dengan manusia moden. Ia juga menunjukkan nenek moyang manusia dengan nama saintifiknya, Homo heidelbergensis mempunyai teknologi lebih maju daripada yang disangkakan.
Penyelidik dari Universiti California di Pusat Penyelidikan Evolusi Manusia Berkeley, kini mengkaji mata lembing diperbuat batu tersebut yang baru-baru ini ditemui di kawasan Zaman Batu Ethiopia atau dikenali sebagai Gademotta di sini. Dalam jurnal PLos ONE, mereka mendakwa senjata itu diperbuat daripada obsidian, sejenis gelas yang terhasil secara semula jadi melalui aktiviti gunung berapi.
"Penemuan ini sangat penting kerana ia memberi bukti langsung kepada kelebihan teknologi kompleks yang wujud sebelum kewujudan Homo sapiens,'' kata saintis berkenaan. Penyelidik mempercayai, nenek moyang kepada Homo sapiens di Afrika, Neanderthal di Eropah dan Asia berasal daripada spesies Homo heidelbergensis. Bukti sebelum ini menunjukkan Homo heidelbergensis mempunyai kemahiran bertukang dan membunuh haiwan besar.- AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
Wow! Peninggalan sejarah tu..
Post a Comment