Monday, December 2, 2013

Tips wajah cerah dalam masa seminggu



Tips wajah cerah dalam masa seminggu | Perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat 'aur dan tebing', kerana kecantikan itu adalah teman sejati setiap wanita. Tetapi bagaimana untuk mengekal kecantikan wajah anda untuk sentiasa cerah dan adakah cara untuk mendapatkan kulit wajah cerah dalam masa seminggu. Ya ada caranya untuk mendapat wajah yang cerah, bersih dan halus mulus dengan syarat anda si gadis perlukan disiplin, komited dankonsisten untuk mengamalnya kerana untuk cantik perlukan sedikit pengorbanan bukan. Walaupun kita sering merungut cuaca panas terik dan sinar mahatari boleh membuatkan kulit kusam dan kering tetapi jangan bimbang ada cara mudah untuk mengekalkan kehalusan wajah anda itu.

Disini ada beberapa tips yang boleh diamalkan:


Rajin bersihkan muka 

Tip pertama dan yang paling penting rajin-rajinlah bersihkan muka dan haruslah tahu untuk menggunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit anda. Kalau boleh lakukan setiap pagi dan selepas melakukan aktiviti sukan kerana pastinya masa itu anda akan berpeluh dan perlukan penjagaan muka yang rapi.


Lakukan urutan di sekeliling wajah 

Lakukanlah sedikit urutan di bahagian muka ketika hendak mencuci muka dengan memicit dan mengosok lembut di bahagian muka kerana ianya boleh melancarkan aliran darah juga. Teknik ini turut boleh diamalkan untuk menghilang tekanan disamping dapat melegakan dan membuat anda lebih selesa selepas itu.


Scrubing 

Kebiasaannya mengikut kajian punca kulit nampak kusam, lesu dan tidak bermaya ini disebabkan kulit sel telah mati di kawasan liang pori muka. Oleh itu, untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan teknik 'scrubing'. Ia tebukti berkesan untuk menanggal segala bintik hitam dan kulit mati. Akhirnya juga ia dapat memberikan kesegaran pada wajah anda.


Amalkan penggunaan 'sunblock' 

Sekiranya anda peminat aktiviti lasak dan 'outdoor' anda haruslah menjaga kelembapan kulit anda dengan mengamalkan penggunaan krim atau 'sunblock'. Ianya untuk melindungi kecerahan kulit selain tidak elok dibiarkan kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari takut-takut bukan sahaja boleh mengelapkan kulit.


Guna 'masker' 

Sebelum tidur amalkan tip ini iaitu menggunakan 'masker' untuk menyingkir sel mati yang ada pada wajah anda.Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya boleh menyerap ke dalam kulit wajah. Malahan ia juga boleh memberi nutrisi dan mampu untuk memutihkan kulit.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!