Kisah Marlise Munoz, wanita hamil yang koma sejak 28 november yang lalu | Seorang hakim di Amerika Syarikat mengarahkan sebuah hospital di Texas untuk menutup alat bantuan hayat yang digunakan ke atas seorang wanita mengandung yang koma. Alat bantuan yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat wanita itu digunakan sebelum ini di atas permintaan keluarganya. Texas adalah di antara 12 negeri di Amerika Syarikat yang telah menerimapakai undang-undang membenarkan seorang wanita hamil yang koma terus menggunakan alat sokongan hayat, tanpa mengira peringkat kehamilan. Marlise Munoz telah diisytiharkan mengalami kematian otak pada 28 November pada usia kehamilan 14 minggu.
Suami serta ibubapanya telah berjuang agar hayat Munoz diteruskan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan iaitu respirator. John Peter Smith dari Hospital di Fort Worth berkata otak Munoz mungkin mati dan menyebabkan badannya tidak berfungi namun itu tak bermakna dia telah meninggal dunia. Kes itu mencetuskan perdebatan mengenai hak perubatan dan perundangan untuk mengurangkan kes pengguguran dan hak janin. “Kes ini adalah merupakan mimpi ngeri dan lebih dari kisah tragik kepada keluarga tersebut” kata Presiden Compassion & Choices, Barbara Coombs Lee. “Jika keputusan sesebuah institusi itu lebih diiktiraf dari keluarga kandung sendiri, jadi tidak siapa akan selamat dari keputusan kerajaan” katanya lagi.
Hakim Daerah, RH Wallace memerintahkan agara alat sokongan hidup dikeluarkan dari badan Munoz bermula pada Isnin. Munoz, 33, jatuh pengsan di rumahnya di Texas pada November tahun lepas dipercayai mengalami Embolisme Pulmonari kerana perlu bangun dan menjaga anak pertamanya yang berumur 15 bulan. Suaminya Erick, serorang ahli paramedik telah cuba membantu namun Munoz telah mengalami serangan jantung dan kegagalan sistem pernafasan apabila tiba di hospital dan tidak dapat diselamatkan.-AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment