Monday, January 27, 2014

Remaja lelaki melakukan sesuatu yang pelik bagi membantu keluarganya


Remaja lelaki melakukan sesuatu yang pelik bagi membantu keluarganya  | Seorang remaja lelaki di China yang menghidap penyakit uremia atau kegagalan buah pinggang, sanggup 'mengorbankan dirinya' sendiri, semata-mata mahu membantu keluarganya mengumpulkan duit bagi menyelamatkan nyawa abangnya yang menghidap penyakit sama. Dua beradik itu, Honghui, 20, dan Hongtao, 18, menghidap penyakit tersebut sejak 2010 dan tidak mempunyai masa yang lama untuk terus hidup. Disebabkan masalah kos perubatan yang tinggi, ibu bapa mereka Chuanyou dan Zheng Tingxia hampir menjual semua harta mereka untuk membeli buah pinggang yang sesuai untuk kedua-dua anak mereka yang menghidap penyakit itu.

Sebelum 2010, kehidupan mereka sekeluarga sangat baik dengan kecemerlangan Honghui dan Hongtao dalam akademik dan berjaya membeli sebuah rumah baharu di Funan, wilayah Anhui. Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga itu menerima berita buruk apabila Honghui disahkan menghidap uremia dan hanya melalui pembedahan buah pinggang sahaja boleh menyelamatkannya. Lebih malang lagi, Hongtao turut disahkan mengalami simptom yang sama, sekali gus memaksa ibu bapa mereka menjual hampir kesemua harta mereka, termasuk rumah baharu mereka dan mengemis di jalanan untuk menanggung kos perubatan anak mereka.

Malah derma yang dikutip oleh pihak sekolah dan rakan-rakan berjumlah 101,171 yuan (RM55,367) juga masih belum mencukupi untuk membiayai kos rawatan bagi menyelamatkan nyawa kedua beradik itu. Disebabkan masa yang semakin suntuk, Hongtao mengambil tindakan membunuh diri pada Julai 2011 dengan mengurungkan dirinya dalam bilik dan minum racun bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya. Kematian Hongtao amat memilukan, lebih-lebih lagi dengan penemuan nota yang ditulis Hongtao berbunyi:, "Abang, jika kamu sudah sembuh, tolong beritahu saya dan ia sudah cukup memadai buat saya."

"Penyakit kami berdua menyusahkan kamu (ayah dan ibu). Saya berharap kamu boleh menumpukan perhatian untuk menyelamatkan abang. "Apabila dia terselamat.. dan saya tahu dia akan selamat, saya mahu dia beritahu saya yang dia telah berjaya dan saya akan berpuas hati," tulis Hongtao dalam nota itu. Kisah pengorbanan Hongtao itu mendapat liputan meluas di seluruh China, sekali gus meningkatkan jumlah derma untuk menyelamatkan Honghui. Selepas dua tahun setengah pencarian, Chuanyou dan Zheng Tingxia berjaya menemukan buah pinggang yang sesuai untuk anak sulung mereka. Honghui kini yang berusia 23 tahun, selamat menjalani pembedahan pada hujung bulan lalu dan kini dalam proses pemulihan. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!