Tuesday, March 4, 2014

Kisah dan gambar ular makan buaya di Australia


Kisah dan gambar ular makan buaya di Australia  | Seekor ular besar telah terselamat selepas bergelut menentang seekor buaya di Australia dengan menelan haiwan tersebut. Travis Corlis, yang menyaksikan pergelutan yang berlaku di Tasik Moondarra, Queensland, berhampiran bandar perlombongan Gunung Isa, pada Ahad berkata ular itu, dipercayai ular sawa, mempunyai panjang kira-kira 10 kaki (tiga meter) dan 'kelihatan sihat'. Buaya tersebut, yang dibelit ular adalah kira-kira tiga kaki panjang, katanya. "Mereka bergelut habis-habisan di dalam air," katanya kepada AFP. "Ia adalah satu 'peperangan' yang berterusan. "Kami hanya berdiri dengan penuh kagum sambil menyaksikannya."

Corlis berkata beberapa jam selepas dia pertama kali melihat adegan tersebut, dia mendapati ular itu telah menarik buaya ke tebing tasik dan membebaskan mangsa yang mana pada ketika itu telah mati. "Kira-kira 10 minit kemudian buaya tersebut hilang," katanya, merujuk kepada buaya yang telah dimakan. Isterinya, Tiffany menggambarkan pertempuran sebagai 'sukar dipercayai'. "Kami berfikir ular itu mungkin menggigit sedikit demi sedikit kemudian mengunyah," katanya. "Tetapi ia sebenarnya menelan buaya itu."

Dia menambah: "Jika anda melihat ular itu betul-betul, anda sebenarnya boleh melihat bentuk buaya, kaki buaya dan segala-galanya di dalam perutnya." Tiffany berkata buaya itu telah bergelut supaya kepalanya dapat keluar ke air dan ketika kedua-duanya jelas letih selepas bergelut untuk terus hidup, "akhirnya, buaya seolah-olah mengalah". Travis Corlis berkata walaupun biasanya buaya dan ular kedua-duanya berada di kawasan itu, dia tidak pernah melihat pertarungan seperti itu. Buaya air tawar biasanya ditemui di Tasik Moondarra dan Travis Corlis berkata kemarau baru-baru ini menyaksikan penurunan paras air, menjadikan buaya-buaya lebih kelihatan. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!