Saturday, May 24, 2014

KFC gantung tugas seorang pekerjanya kerana meletakkan bulu kemaluan pada makanan pelanggan



KFC gantung tugas seorang pekerjanya kerana meletakkan bulu kemaluan pada makanan pelanggan | KFC telah menggantung tugas kakitangannya atas kesalahan meletakkan bulu kemaluan kedalam makanan pelanggan. Mesej tanpa nama di laman Facebook ' Cardiff Spotted ' mendedahkan pekerja di restoran KFC di Gabalfa , Cardiff , telah meletakkan bulu kemaluannya pada makanan yang dihidang sebagai serangan membalas dendam. Ianya membabitkan sekumpulan pelanggan terdiri daripada beberapa orang gadis yang telah menegur pekerja itu untuk 'lebihkan senyum' ketika bekerja. Pekerja itu dikatakan agak tersinggung, dan nekad melakukan sikap yang tidak bermoral itu tanpa berfikir panjang.

Selepas itu status di laman facebook itu juga dengan bangganya, mengakui perbuatan keji itu, dan berharap agar perlakuan itu akan membalas dendam. Jurucakap KFC berkata pekerja tersebut telah dihukum gantung tugas serta merta dan siasatan mendapati makanan lain sama sekali tidak tercemar. "Kami mempunyai standard tertinggi dalam kebersihan makanan dan tidak bertolak ansur terutama membabitkan salah laku. Oleh itu pekerja itu digantung tugas sebaik sahaja perkara itu sampai kepada pengetahuan kami." -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!