Saturday, May 24, 2014

Pelik!! Wanita ini kahwini anjing kerana sering diecewakan lelaki



Pelik!! Wanita ini kahwini anjing kerana sering diecewakan lelaki | Wanita yang dulu pernah hidup berumah tangga, dengan harapan akan menuai sebuah kebahagian, namun pada kenyataannya rumah tangga itu justru mengundang rasa kekecewaan, sehingga wanita ini tidak tertarik lagi untuk hidup berumah tangga. Lalu dia nekad mengahwini anjing peliharaannya. Pesta perkahwinan wanita bernama Amanda Rodgers berusia 47 tahun yang berasal dari Croatia ini, hanya disaksikan tak lebih dari 200 orang tetamu undangan, wanita ini mengahwini anjingnya kerana takut dikecewakan lagi bila berkahwin dengan lelaki. Perkahwinan sebelum ini yang terjadi 20 tahun lalu itu hanya bertahan sesaat.

Dalam wawancara dengan stesen tv ITV untuk acara This Morning, Amanda mengakui dia merasakan anjing itu adalah jodohnya, dan dia yakin hubungan dan perasaan antara mereka begitu kuat. Anjing yang bernama Sheba itu katanya sudah bersamanya selama bertahun-tahun dan sepanjang waktu itu, dia bahagia dengan kehadiran Sheba. Walaupun dia sedar perkahwinan ini luar biasa dan tidak sepatutnya terjadi, namun, baginya itu adalah cara yang paling baik untuk membuktikan betapa beertinya kehadiran anjing itu disampingnya. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on May 24, 2014 at 7:37 PM said...

Macam dah tak cukup lelaki dekat dunia ni..

Salam..

Blog tuan telah saya pautkan
Sila kunjungi www.infoanda.net

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!