Wanita pecahkan rekod berlari 500 Km selama 4 hari tanpa tidur | Kim Allen, pelari yang berasal dari New Zealand, berjaya memecahkan rekod dengan berlari sejauh 500 kilometer tanpa tidur. Allen memerlukan masa 86 jam, 11 minit dan 9 saat untuk menyelesaikan larian. Allen memulakan larian uniknya ini pada 19 Disember 2013 di Kota Auckland, New Zealand. Perempuan berusia 47 tahun ini berlari selama empat hari tanpa tidur. Walaupun sudah berusia empat puluhan, Kim Allen bertenaga dan berjaya memecahkan rekod. Usaha memecahkan rekod ini bukan yang pertama bagi Allen.
Tahun lalu, dia hanya boleh berlari sejauh 370 km. Allen berjaya mencapai tujuannya dengan kaki melepuh dan pergelangan kaki yang bengkak. Meskipun kakinya sakit, Allen sangat gembira dengan prestasi yang dia raih. "Agak penat. Saya gembira dan tidak percaya usaha saya telah berjaya,” ujar Allen. Kim Allen tetap berlari tanpa henti meskipun mulai letih. Dia tetap bersemangat kerana ramai yang memberinya sokongan untuk terus berlari bagi menyokong sebuah gerakan amal di New Zealand, Spinal Trust. -AP
.
1 Penyokong CHELSEA:
memang gigih ni...
Post a Comment