Saturday, May 24, 2014

NAMAMU TERPAHAT DI HATI - AYIN MAN




NAMAMU TERPAHAT DI HATI - AYIN MAN | Dek kerana kecewa cintanya terhadap rakan baik sendiri, Azril Hakimi hanya bertepuk sebelah tangan, sebaik Azril mendirikan rumah tangga, Nur Anisa nekad membawa diri ke luar negara. Di sana dia melanjutkan pelajaran meninggalkan adik dan Mak Su di Malaysia. Kehadiran Farel Fakhry mengisi kekosongan Azril Hakimi sebagai seorang rakan walaupun Nur Anisa masih berpaut pada cinta pertamanya. Berbeza dengan Farel Fakhry atau dipanggil Ary, sesungguhnya hatinya sudah tertawan pada Nur Anisa. Kejadian pada suatu malam, angkara abang sendiri Farel Fahrezi, menuntut keputusan yang besar daripada Ary. Nur Anisa dinikahi dan bermula kehidupan suami isteri yang hanya sekadar nama diantara mereka.

Nur Anisa kembali ke Malaysia selepas tamatkan pengajian dan kemunculan Ary di Malaysia pada suatu hari nampaknya menuntut tanggungjawab Nur Anisa sebagai isteri harus dilaksanakan dengan segera. Namun masalah wujud kerana pernikahan yang dirahsiakan itu menimbulkan masalah besar. Disaat mereka mulai menjalin bahagia, muncul pula masalah lain. Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan ini??


Tajuk : Namamu Terpahat Di Hati 
Penulis : Ayin Man
Halaman : 785 muka surat
Harga : RM25/RM28




P/S - Recommended By Lulu Caldina



.

2 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on May 19, 2014 at 3:29 PM said...

Wah best

gel pelangsing perut on May 22, 2014 at 4:10 PM said...

salam

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!