Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal lebur oleh Raptor dari Korea Selatan | Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal tergugat dengan kewujudan robot Velicoraptor dari Korea Selatan yang dicipta mampu memecut melebihi kepantasan Bolt, iaitu 44.2 kilometer sejam. Robot yang dinamakan Raptor itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Lanjutan Sains dan Teknologi, Korea Selatan yang menggunakan dua kaki logam dan dipasang komponen yang mampu menyerap hentakan seperti tendon Achilles, lapor laman web, inquisitr.com. Ini membolehkan Raptor mencapai kelajuan sebanyak 45.9 kilometer sejam di atas mesin senaman treadmill, sekali gus menewaskan rekod Bolt.
Sebelum Raptor, syarikat teknologi, Boston Dynamics pernah mencipta robot Cheetah dengan ciri-ciri haiwan terpantas di dunia itu yang mampu mencapai rekod maksimum pecutan sebanyak 45.5 kilometer sejam. Namun, kedua-dua robot itu hanya boleh memecut di atas treadmill selepas dipasang di atas landasan supaya robot tidak terjatuh. Tahun lalu, Bolt dilaporkan pernah memenangi perlumbaan dengan sebuah bas dalam satu pameran serta bertanding dengan tiga pelari pecut Jamaica, Mario Forsythe, Kimmari Roach, dan Daniel Bailey.
Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik itu turut berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. "Satu daripada matlamat utama saya ialah untuk menyertai Sukan Olimpik di Rio pada 2016 dan memenangi acara olahraga seperti sebelum ini. "Saya mahu menjadi atlet pertama yang mempertahankan pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turut dalam acara berkenaan," katanya yang mungkin akan bersara selepas sukan Olimpik itu. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment