Polisi pelik untuk meraih markah bonus dalam peperiksaan | Sebuah daerah di negara ini menguatkuasakan satu polisi pelik, di mana setiap murid berpeluang menerima markah bonus dalam peperiksaan sekiranya ibu bapa mereka menderma darah. Laman web South China Morning Post melaporkan, Majlis Daerah Pujiang mula mewartakan polisi tersebut pada 24 Julai lalu sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menderma darah. Setiap empat liter darah yang diderma oleh ibu bapa akan membolehkan murid-murid terbabit menerima satu markah bonus dalam peperiksaan.
Penderma juga boleh memilih hadiah lain yang ditawarkan seperti rawatan perubatan dan menaiki pengangkutan awam secara percuma atau ganjaran wang tunai. Seorang penderma darah yang enggan dikenali berkata, dia sudah menderma darah melebihi empat liter dan membolehkan anaknya yang bakal dilahirkan mendapat markah bonus apabila bersekolah kelak.
"Polisi ini mendorong saya menderma banyak darah sehingga membahayakan nyawa saya. Saya mahu memberitahu anak saya supaya tidak perlu bimbang tentang ujian kerana ayah sudah sediakan markah lebih untuk kamu," jelas penderma berkenaan. Menurut jabatan kesihatan, masa yang diperlukan oleh seseorang untuk menderma darah sebanyak empat liter adalah selama lima tahun mengikut saiz badan penderma. "Setiap penderma darah perlu mendapatkan surat perakuan kesihatan daripada kerajaan sebelum mereka boleh menderma darah," ujar jabatan tersebut. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment