Kanak-kanak berdepan situasi cemas apabila tersepit celah dinding bangunan | Dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan lima tahun berdepan situasi cemas apabila tersepit di celah dinding sebuah bangunan gara-gara mahu pulang ke rumah mengikut jalan pintas di sini baru-baru ini. Jie Tai, 4, dan Ming Huang, 5, berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dalam satu operasi dramatik di perkampungan Gaobu yang terletak di selatan wilayah Guangdong selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang gagal mengeluarkan mereka.
“Insiden itu mula disedari apabila beberapa orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut mendengar tangisan dua kanak-kanak. “Setelah diperiksa, mereka dapati terdapat dua kanak-kanak lelaki tersepit di celah dinding antara dua bangunan,” menurut jurucakap pihak bomba, Cheng Lin. Jarak antara dua bangunan tersebut sekitar 15 sentimeter. Tai dan Huang dipercayai mahu mengikut jalan pintas untuk pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari tempat insiden itu berlaku selepas keluar bermain.
“Kami perlu berhati-hati agar mereka tidak tercedera sewaktu memecahkan dinding dalam operasi menyelamat. Selepas lubang berjaya ditebuk, kami berjaya menarik mereka ke dalam bangunan,” katanya lagi. Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 10 minit, manakala kedua-dua kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan kejadian yang menimpa mereka. – Agensi
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment