HATI PEREMPUAN - NUR AIN AL-ABBAS | Lulu dah miliki novel ni sejak 2013. Bila perasan novel ini diadaptasi ke drama, baru sedar, lepas baca lama dulu, lulu belum pernah review lagi. Sayang pula tak review, sebab novel ni best sangat.. Mengisahkan mengenai Yuhanis, seorang wanita berkerjaya yang pernah terluka oleh insan bernama Daniel. Kisah silam yang begitu menyakitkan menjadikan Yuhanis seorang yang terlalu berhati-hati. Menemui Tengku Zaril dalam satu urusan kerja, menjadikan perasaan Yuhanis tidak keruan disebabkan Tengku Zaril yang secara terang-terangan mahu menjadikan dia isterinya yang sah.
Tiba-tiba saja Yuhanis menerima lamaran dengan pemberian kotak kecil dengan sebentuk cincin didalamnya. Ya, luka lama masih terasa, namun Yuhanis akhirnya bersedia menjadi isteri kepada Tengku Zaril. Kenyataannya, hubungan antara mereka berdua ada banyak ranjaunya. Dengan sikap dingin Tengku Zaril yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja, kehadiran semula Daniel yang akhirnya merungkai cerita sebenar hubungan lama mereka dan dengan kehadiran Ku Lin, sepupu kepada Tengku Zaril, yang punya niat jahat, menjadikan perasaan Yuhanis agak goyah dan akhirnya termakan fitnah Ku Lin.
Tengku Zaril memang ada tempat yang istimewa dalam hati Yuhanis, namun sikap Yuhanis yang suka memendam rasa membuatkan hubungan pasangan suami isteri ini semakin keruh. Oh, kenyataannya, cinta Yuhanis memang sudah mekar dalam hati buat si suami, Tengku Zaril. Mereka akhirnya berjaya mengharungi setiap cabaran untuk terus kekal bersama dan memiliki anak yang comel selepas satu kejadian menakutkan yang terjadi kepada Yuhanis dan anak yang dikandungnya..
Tajuk : Hati Perempuan
Penulis : Nur Ain Al-Abbas
Halaman : 711 muka surat
Harga : RM27/RM30
P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment