Monday, May 18, 2015

KUPIKAT JANDAKU - ANA SOFIYA



KUPIKAT JANDAKU - ANA SOFIYA | Novel ini mengisahkan Izyan yang menyandang gelaran janda selepas diceraikan oleh Raif Sufyan tanpa alasan yang jelas. Selepas 3 tahun berlalu, sikap Izyan mulai berubah menjadi lebih matang, dan tiba-tiba saja Raif yang ego muncul semula, secara terang-terangan menyatakan keinginan mahukan Izyan kembali menjadi isterinya. Sudah tentu Izyan menolak, bukan saja kerana kenangan pahit bersama Raif sebelum ini, tapi juga kerana adanya Zahin dalam hidupnya. Sungguh, bagi Izyan rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa pada Raif.

Namun kerana enggan menoleh lagi, Izyan bersetuju mengahwini Zahin. Namun sikap mama Zahin yang tidak merestui hubungan mereka disebabkan status dan latar belakang Izyan, membuatkan hubungan itu sukar direalisasikan. Apatah lagi, selepas kawan baik Izyan sendiri tiba-tiba saja bakal bertunang dengan Zahin, Izyan akhirnya akur dengan suratan takdir, memberi peluang untuk dia dan Raif memperbetulkan hubungan mereka..  


Tajuk : Kupikat Jandaku
Penulis : Ana Sofiya
 Halaman : 523 muka surat
Harga : RM26/RM29




P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!