Monday, October 19, 2015

TUAN ANAS MIKAEL - SYAMNURIEZMIL



TUAN ANAS MIKAEL - SYAMNURIEZMIL | oH my, seronoknya novel tulisan penulis ni.. Mana pernah novel tulisan Syamnuriezmil tak best kan hehe, terutama yang ni, lulu siap baca ulang-ulang dan ketawa sendiri.. Novel mengisahkan mengenai Tuan Anas Mikael yang diberi masa selama 3 bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk memilih calon isteri bagi menolak Safra Ariana, jodoh yang ditentukan buatnya. Masa yang semakin suntuk membuatkan Tuan Anas Mikael nekad menjadikan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya sesempurna kriteria yang sewajarnya, tanpa Ayu Maisarah sendiri sedar.

Tuan Anas Mikael sendiri tidak tahu bahawa Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar keluarga. Dan disebalik semua perkara yang berlaku, hati dan perasaan mereka malah mulai menyatu dan mereka saling jatuh cinta sungguh-sungguh. Namun disebabkan nyawa Ayu Maisarah dan emaknya dalam bahaya, perasaan cinta disimpan dalam diam sehinggalah Ayu Maisarah terpaksa membuat keputusan untuk mendedahkan dirinya yang sebenar.  



Tajuk : Tuan Anas Mikael
Penulis : Syamnuriezmil
 Halaman : 564 muka surat
Harga : RM25/RM28




 P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!