Monday, October 12, 2015

KITAB LAMA - SHA HANIM RAMLI



KITAB LAMA - SHA HANIM RAMLI | Novel ini memang sangat-sangat berbeza dengan koleksi novel lulu yang lain. Sebenarnya ketika membuat pilihan di kedai, lulu sangka novel ni novel seram berdasarkan tajuknya. Tapi bila baca, oh agak kecewa juga pada mulanya, namun sebenarnya novel ini sangat istimewa kerana kelainannya.. Mengisahkan mengenai seorang pemuda bernama Martin yang menyusuri masa lampau ketika berada didalam koma. Martin seorang yang angkuh dengan kekayaannya, tidak menghargai apa yang ada disekelilingnya dan juga tidak menghormati orang lain, terkejut ketika sedar, tiba-tiba sahaja dia berada disuatu kawasan yang asing, dan menyaksikan kekejaman pihak jepun yang sedang membunuh seorang wanita dan bayinya tanpa sedikit pun belas kasihan.

Apa yang lebih mengelirukan, Martin diakui merupakan anak seorang ketua kampung dan juga bernama Malim. Sungguh semua ini mengelirukan dan Martin agak memberontak ketika itu, lalu lari bermalam di hutan. Namun hari demi hari, Martin ataupun Malim mulai menerima kehidupan pelik di zaman lampau itu sebaik diberitahu dia telah bertunang dengan seorang gadis kampung yang sangat menawan bernama Merah. Kehidupan di kampung itu begitu perit kerana penulis menggambarkan ianya adalah zaman ketika penyeksaan jepun keatas Tanah Melayu. Malim yang berjuang menyelamatkan keluarga dan tunangnya dari cengkaman pihak jepun, diseksa bertalu-talu sehinggakan tidak berdaya, dan tiba-tiba saja dia sedar dialam masa kini. Namun jiwa Martin terseksa merindui 'keluarga' zaman lampaunya.. Apa yang membuatkan Martin boleh berada di dua zaman yang berbeza?  


Tajuk : Kitab Lama
Penulis : Sha Hanim Ramli
Halaman : 396 muka surat
Harga : RM20/RM23





P/S - Recommended By Lulu Caldina





 .

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!