Friday, January 15, 2016

MENCARI SI PELENGKAP HATI - FARIHA IMANI


MENCARI SI PELENGKAP HATI - FARIHA IMANI | Sedih membaca kisah ini. Nuha Huda, gadis yang merupakan anak tidak sah taraf. Disebabkan ibunya punya masa lalu yang kelam, mereka berdua dihina dan Nuha Huda dilayan buruk oleh mak su nya sendiri dan suami. Mana mungkin hati Nuha Huda tidak terluka. Dia di maki hamun dan diperlakukan sesuka hati oleh mak su dan kerana itu, sikap Nuha Huda yang suka menyendiri di sekolah malah mengundang rasa tertarik dari seorang guru muda iaitu Ihsan Zuhri. Dalam kejadian yang mengejutkan, Nuha Huda kehilangan ibunya dalam satu kemalangan. Nuha Huda yang umpama sebatang kara walaupun punya keluarga Mak su, tetap diperlakukan kejam walaupun dihadapan Ihsan Zuhri.

Ihsan Zuhri yang tidak sampai hati, nekad membawa Nuha Huda kerumah keluarganya selepas bersetuju 'membeli' Nuha Huda sebanyak RM20,000. Nuha Huda terharu dengan penerimaan keluarga Ihsan Zuhri. Namun untuk menerima perasaan cinta dari Ihsan Zuhri, baginya tidak sama sekali. Dalam satu insiden, Nuha Huda tidak sedar dia sudah melukakan keluarga Ihsan Zuhri selepas nekad keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang. Bertahun menyepi, Nuha Huda ditakdirkan pulang menemui keluarga Ihsan Zuhri yang nampaknya punya kejutan besar untuknya. Masih utuh ke perasaan Ihsan Zuhri buat Nuha Huda? Kisah yang sangat sedih dan lulu memang terbuai ketika membacanya, tak sedar berjaya habiskan hanya beberapa jam..  



Tajuk : Mencari Si Pelengkap Hati
 Penulis : Farisha Imani
Halaman : 601 muka surat
 Harga : RM25/RM28
 




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!