TERCIPTA UNTUKKU - MARISSA | Lulu dah baca banyak novel penulis ni, kak Sarah Marissa, tapi novel yang satu ini memang ada kelainan. Berair mata masa baca. Mengisahkan mengenai Thia yang ditakdirkan dipertemukan dengan Adil dan nampaknya pertemuan-pertemuan mereka memang sudah ditakdirkan. Aneh, tapi benar mereka sama-sama disahkan menghidap penyakit barah otak tahap keempat dan jangka hayat mereka hanyalah 6 bulan. Tertekan dengan berita mengejutkan itu, pertemuan demi pertemuan nampaknya menjadikan mereka lebih akrab sehingga satu keputusan besar akhirnya terpaksa dibuat.
Bukan mudah menjalani hidup selepas tahu hayat mereka tidak panjang. Apatah lagi mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit mereka dari semua orang. Apa akan jadi sekiranya keluarga mereka tahu? Nampaknya dalam masa yang sangat singkat impian demi impian terpaksa dilupakan... Untuk pengetahuan semua, novel ini adalah merupakan adaptasi dari sebuah telefilem. Jangan ketinggalan mendapatkan karya yang hebat ini..
Tajuk : Tercipta Untukku
Penulis : Marissa
Halaman : 558 muka surat
Harga : RM25/RM28
P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment