Friday, March 3, 2017

ENCIK TUNANG VS BFF - NANA FIQREE



ENCIK TUNANG VS BFF - NANA FIQREE | Alahai, tak sangka novel ni best ;) hehe.. Eisya dalam diam menyintai sahabat baiknya sendiri iaitu Erham meskipun si BFF ni tak ada langsung perasaan yang sama terhadapnya. Muncul pula Ilham, seorang guru kacak bergaya yang jatuh cinta pandang pertama terhadap Eisya. Tak agak-agak, lamaran terus dihantar melalui mama-mama mereka, dah mama mereka kawan baikkan, lagilah melancarkan urusan tu. Dalam tak rela, Eisya akur juga ditunangkan dengan lelaki yang tidak dikenali. Namun segalanya jadi laluan yang sukar pula dengan kehadiran gadis bernama Ratna yang tiba-tiba saja jadi seseorang yang sangat istimewa dalam hidup Erham.

Disebalik tingkah laku Eisya yang 'lebih' kepada Erham, Ilham jadi seorang yang mudah cemburu dan menjengkelkan. Sehinggalah beberapa kejadian angkara Ratna yang memang menyimpan hati kepada si encik tunang (Ilham), hubungan pertunangan itu putus dan meninggalkan rasa kehilangan dan kepedihan diantara Eisya dan Ilham. Jujurnya, Eisya sudah jatuh cinta dengan Ilham, namun untuk memperbaiki hubungan yang sudah retak ianya tidak semudah itu. Suatu hari Eisya dan Ilham bertemu semula dan kehadiran Shima membuatkan Eisya yakin antara mereka sudah tidak ada jodoh untuk bersama. Tapi tingkah laku Ilham pula menunjukkan disebaliknya..

 Menarik novel ni sebab penulis bijak mengaitkan dengan ramai watak dalamnya tanpa rasa ada watak yang annoying atau berlebih-lebih. Malahan kisah bisnes antara 2 sahabat ini, Eisyadia Sweet & Bakery dibayangkan dengan begitu indah dan 'menyelerakan' hehe, terus membuatkan lulu macam nak makan kek atau apa sahaja yang dibayangkan oleh penulis. Watak Erham memang seorang kawan yang 'tak sedar diri' namun punya daya tarikan sendiri, begitu juga watak Ilham, walaupun suka cemburu buta, suka mendesak tapi memang pencinta yang setia.. :D Baca tersengih-sengih sorang amboi.. haha.. Tahniah penulis untuk novel yang best ni.. :)  


Tajuk : Encik Tunang VS BFF

Penulis : Nana Fiqree

Halaman : 701 muka surat

Harga : RM25/RM28





P/S : Novel yang harus ada dalam koleksi hehe, recommended! BEST..




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!