BISIK PADA LANGIT - SITI KHADIJAH | Kasih sayang Wak Rosli terhadap si anak, Siti Hajar membuatkan dia agak mengabaikan 2 anaknya yang lain iaitu abang Zaidi dan adik Iqram. Siti Hajar merupakan satu-satunya anak perempuan, walaupun nampak luaran lembut, dia juga merupakan anak yang sangat lincah dan sukakan aktiviti lasak. Meraih keputusan yang sangat cemerlang dalam pelajaran membuatkan Siti Hajar melanjutkan pelajaran di Australia. Walaupun Wak Rosli berat melepaskan Siti Hajar, namun dia akur akhirnya.. Siti Hajar rupanya menyimpan impian memiliki sebuah motor kuasa besar dan nekad melakukan kerja sampingan untuk memastikan impiannya menjadi kenyataan. Bersama si kekasih hati, Irwan yang punya kegemaran yang sama. Malangnya ketika Siti Hajar hampir pulang Malaysia, dia terlibat dengan satu kemalangan yang membuatkan dia koma. Hancur hati Wak Rosli ketika menerima khabar buruk itu.
Apatah lagi ianya disampaikan oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya, Irwan. Dalam meniti saat-saat getir itu kehadiran Zaidi dan Iqram membuatkan Wak Rosli sedar kekhilafannya yang telah mengabaikan mereka. Dikala mereka merancang untuk terbang ke Australia, Irwan mengkhabarkan satu berita mengejutkan.. Allah... Ujian itu sesungguhnya sangat berat, mampukah mereka redha? Dengar cerita novel ni diadaptasi ke filem yang akan ditayangkan di pawagam berhampiran dalam waktu terdekat ni.. Tahniah penulis, novel ni memang best sangat, menitis air mata lulu masa baca sebab tiba-tiba teringatkan arwah papa. Kasih sayang ayah buat si anak gadis memang tulus dan sukar diganti..
Tajuk : Bisik Pada Langit
Penulis : Siti Khadijah
Halaman : 575 muka surat
Harga : RM25/RM28
P/S : Fully Recommended By Lulu Caldina
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment