NEREDESIN? AWAK DI MANA? - PUTERI NOR | Subhanallah, tak terasa lulu baca novel ni, dari satu perkataan ke satu perkataan sehingga tamat novel, sungguh lulu kagum.. Ada juga terselit seperti membaca novel Melur Jelita, namun sebenarnya ada keistimewaan tersendiri dalam tulisan penulis yang pasti akan membuatkan perasaan jadi berputar kepada 360 darjah.. :D Mejar Syed Hilal Aslan jatuh cinta pandang pertama pada gadis yang punya rupa unik, Ruby Haya ketika berada di Kem KD Sri Medini. Dan jodoh mereka rupanya sudah tertulis ketika bertemu tanpa disangka di bumi Istanbul. Kejadian demi kejadian berlaku di sana dan tanpa ragu, Ruby segera dinikahi lalu bermulalah perjalanan dunia perkahwinan yang begitu indah antara pasangan ini.
Dengki dan dendam Mak Mah, ibu saudara kejam yang menjaga Ruby sedari kecil, menjaja kisah hidup kelam dan aib Ruby kepada ibu mertuanya. Lalu selepas itu, Saadiah bertindak kejam terhadap menantunya yang sedang hamil. Kemudian Hilal dipaksa menceraikan Ruby semata-mata dengan alasan Ruby tidak 'layak' menjadi isteri Hilal dan menantu keluarganya. Berat, pedih.. Namun akhirnya tanpa rela mereka bercerai. Lalu Ruby pergi membawa diri, dengan janji mereka pasti akan bersama semula suatu hari nanti.
Namun pertemuan semula antara mereka membuatkan Ruby kecewa dan putus asa kerana matanya menjadi saksi perkahwinan bekas suami dengan wanita jelita, tanpa mengetahui ianya juga tanpa kerelaan Hilal. Masa terus berlalu dan menemukan Ruby pula dengan dua jejaka. Ayhan dan Shah nyata berbeza namun punya rasa cinta yang sama buatnya. Dalam satu kejadian mendebarkan, 3 lelaki ini bergabung tenaga menyelamatkan Ruby.. Dan siapa agaknya yang akan memiliki hati Ruby pada akhirnya?
Tajuk : Neredesin? Awak Di Mana?
Penulis : Puteri Nor
Halaman : 994 muka surat
Harga : RM36/RM39
P/S : Sebuah novel yang pasti tidak akan mengecewakan.. Lulu Recommended tau :)
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment