Friday, November 17, 2017

HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF

   
Halalkan Hati Yang Kucuri - Mia Kiff | Betul-betul boleh insaf baca novel ni. Sepanjang membacanya, berkali juga terlintas di hati kesedaran untuk mensyukuri apa yang kita ada hari ini tanpa memandang rendah akan kehidupang lain kerana kehidupan kita ni ibarat roda. Hari ini kita diatas dan siapa tahun, esok lusa kita pula akan berada dibawah. Novel mengisahkan mengenai Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri muda yang gemar berjoli menghabiskan duit ringgit keluarga untuk kebebasan, keseronokkan tanpa kenal batasan. Teguran keluarga langsung tidak diendahkan dan anehnya, pada suatu hari mereka terkejut apabila pulang dan mendapati keluarga mereka sudah jatuh muflis.

Rumah besar dan syarikat telah dijual dan sudah menjadi milik orang lain malah keluarga mereka hilang tanpa jejak. Lalu kehidupan mereka berubah sepenuhnya selepas mula kehabisan duit. Mereka merempat di kaki lima dan terpaksa membuat kerja-kerja yang mereka hina dan pandang jijik sebelum ini. Pelbagai kejadian berlaku sehingga akhirnya mereka mula bangkit dan rasa bahagia walaupun serba kekurangan. Insaf dan mula bersyukur, Faiq dan Delisha diduga lagi. Mereka kehilangan bayi yang baru dilahirkan. Masih kah ada peluang untuk mereka menempah kejayaan dan kembali menemui keluarga mereka?  



Tajuk : Halalkan Hati Yang Kucuri

Penulis : Mia Kiff

Halaman : 772 muka surat

Harga : RM29/RM32
     



*Novel ni best, cuma jujurnya lulu rasa tajuk tu tak sesuai dengan jalan cerita  





 .

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!