Isteri Acah-Acah - Murni Aqila | Tiba-tiba saja Hani Yusaira dijodohkan dengan Jay, sepupu sendiri, anak Pak Ngah Badar dan Mak Usu Rozilah. Mana mungkin dia menolaknya apabila Jay adalah lelaki yang dipujanya sejak dari kecil. Hani Yusaira akur dengan perkahwinan ini terutama dengan alasan Mak Usu , pemergian adiknya yang melanjutkan pelajaran akan membuatkan dia hidup bersendirian. Lalu berlangsunglah perkahwinan antara Hani Yusaira dan Jay Zamir, lalu melukakan hati Umar, sahabat yang sentiasa ada di kala susah senang dan jelas menyimpan hati dengannya selama ini. Namun perkahwinan itu tidak seindah yang Hani harapkan. Rupanya Jay tidak rela mengahwininya kerana menyintai gadis lain iaitu Liana yang bakal melanjutkan pelajaran di Melbourne. Malah ibu bapa Jay juga ada muslihat mengahwinkan Hani dan Jay.
Sikap Jay yang pemalas, sombong, apa pun tak tahu buat dan secara terang-terangan mengaku hanya menyintai Liana membuatkan Hani terasa, namun dia redha melakukan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan sebaik-baiknya, walaupun dia sedar dia hanya sekadar seorang isteri acah-acah. Umar kembali bersemangat merebut hati Hani selepas dapat tahu perkahwinan gadis pujaannya itu tidak bahagia. Buat Jay pula, kehadiran dan sokongan Hani selama ini mula membuatkan hatinya tersentuh. Namun tidak sekali-kali buat cintanya terhadap Liana luntur. Siapakah yang menjadi pilihan terakhir Jay? Liana atau isteri acah-acahnya? Dan tercapaikah impian Umar untuk mengahwini Hani?
Tajuk : Isteri Acah-Acah
Penulis : Murni Aqila
Halaman : 432 muka surat
Harga : RM28/RM31
*Novel ni best sangat
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment