Anda pertama kali mengundi? Ini adalah 8 perkara yang anda harus tahu #PRU14 | Tarikh 9 Mei yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan tarikh penting bagi warga Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas. Malah tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April ini dan pengundian awal pula pada 5 Mei. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Jumlah yang membabitkan pemilih biasa seramai 14,636,716, pemilih awal tentera, polis dan pasangan (300,255) dan pengundi tidak hadir luar negara (3,653) dalam pilihan raya kali ini.
Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, berikut merupakan panduan yang anda perlu tahu.
1) Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.
-Semak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR), semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR
#SuruhanjayaPilihanRaya #pilihanraya #PRU14 #MalaysiaMemilih #Malaysia #pilihanrayaumum #Parlimen #DUN #G14 #undirabu #pulangmengundi
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment