Ngeri!! Lelaki terima 25 jahitan di dagu selepas terkena tali tangsi ketika menunggang motorsikal | Malang tidak berbau bagi seorang penghantar makanan apabila menerima 25 jahitan selepas terkena seutas tali tangsi ketika menunggang motosikal di laluan motosikal, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn. Bhd. (Sprint) di sini, petang semalam. Perkara itu tular dalam akaun laman sosial Facebook Brotherhood Shah Alam yang menunjukkan gambar mangsa cedera di dagu akibat terkoyak manakala lehernya bengkak akibat terjerut tali tangsi itu berhampiran susur keluar Kampung Kayu Ara.
Menurut kenyataan pentadbir akaun Facebook itu, mangsa, Rahmat Imana, 23, tidak menyedari terkena seutas tali tangsi ketika melalui laluan motosikal di lebuh raya tersebut dalam kejadian pukul 5.07 petang. “Akibat kecederaan itu, mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan menerima 25 jahitan di bahagian dagu,” kata pentadbir Facebook Brotherhood Shah Alam di sini hari ini.
Sehubungan itu pentadbir akaun laman sosial tersebut meminta pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan bagi kes tersebut demi keselamatan pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut namun enggan mengulas lanjut. - UTUSAN
#talitangsi
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment