Thursday, April 19, 2018

Suami rancang pembunuhan isteri dengan kekasih



Suami rancang pembunuhan isteri dengan kekasih | Seorang suami tergamak mengupah pembunuh upahan bagi menamatkan riwayat isterinya dalam satu kejadian di Jambi. Suspek bertindak demikian kerana bimbang hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang telah terjalin selama dua tahun terbongkar. Polis berkata, pembunuhan tersebut dirancang suspek dan kekasihnya, kira-kira seminggu lalu. "Pada mulanya, mereka menggunakan ilmu hitam namun mengubah rancangan kerana mahu mangsa mati dengan cepat. "Pembunuh upahan itu pula orang yang mereka kenali. Dia dijanjikan sejumlah wang dan barang kemas mangsa," kata polis.


Tambah polis, mangsa dibunuh ketika sedang tidur di rumahnya pada Khamis lalu dengan dua das tembakan yang mengenai bahagian kepala dan punggung. Bagaimanapun, kejadian itu disedari anak perempuan mangsa berusia 14 tahun yang bertindak memaklumkan pembunuhan itu kepada penduduk kampung. "Pembunuh upahan itu berjaya diberkas di Mandiangin kelmarin. "Suspek dan teman wanitanya pula ditahan sehari sebelum itu," kata polis. - Tribunnews



 #kespembunuhan #selingkuh #kekasihgelap #suamicurang




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!