Thursday, November 29, 2018

Lelaki selamba berenang di laut ketika taufan melanda sehingga dipaksa pulang oleh pihak berkuasa



Lelaki selamba berenang di laut ketika taufan melanda sehingga dipaksa pulang oleh pihak berkuasa | PIHAK berkuasa melancarkan operasi kecemasan setelah seorang lelaki dikesan berada di tengah laut sewaktu taufan Diana melanda United Kingdom. Sebuah bot penyelamat dikerahkan ke lokasi itu sewaktu keadaan ombak bergelora akibat angin kencang yang dibawa taufan berkenaan. Petugas keselamatan yang menghampiri lelaki itu bagaimanapun mengesahkan yang dia tidak mengalami sebarang kecemasan atau kecederaan. Dia dikatakan tidak menghiraukan keadaan cuaca dan sekadar berenang di perairan berkenaan. Pihak berkuasa bagaimanapun membawa dia ke darat dan memberi nasihat keselamatan berhubung taufan tersebut. "Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke kawasan laut.

"Angin sangat kuat, elakkan ke sana kerana ancaman taufan masih lagi ada," ujar seorang jurucakap keselamatan perairan. Selain ombak bergelora dan angin kencang, banjir juga dijangka melanda pelabuhan Lyme Regis dan West Bay, dalam masa terdekat. Sementara itu, jabatan meterologi juga menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dengan keadaan persekitaran yang berisiko untuk mereka. "Biarpun sekadar amaran kuning, angin kuat sedang melanda dan ia berisiko untuk kenderaan di jalan raya dan semua perlu berhati-hati di kawasan air. "Taburan hujan juga dijangka meningkat," ujarnya lagi. - Mirror.UK.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!