Wednesday, April 10, 2019

Pelancong dedah pengalaman menginap di hotel empat bintang yang sangat mengecewakan



Pelancong dedah pengalaman menginap di hotel empat bintang yang sangat mengecewakan | SEORANG pelancong menginap di sebuah hotel 'empat bintang' hanya untuk dua jam sahaja selepas mendapati penginapan itu terlalu kotor dan berbahaya. Ahli perniagaan, Lee Parker tiba di sebuah hotel yang didaftar sebagai mewah di Tenerife bersama dengan anak perempuannya, namun percutian mereka terbantut. Parker,39, dari Beccles, Suffolk mengadu keadaan bilik hotel itu kepada ejen pelancongannya yang mengakui tersilap menempah gred hotel. Namun, timbul satu lagi masalah kepada Parker apabila terpaksa membayar caj tambahan sebanyak 1,200 paun (RM 6,426). Tiada pilihan lain, dia membayar caj itu dan akan meminta pampasan daripada ejen pelancongannya.

 Parker mengharapkan hotel empat bintang dengan pemandangan pantai dan kemeriahan di waktu malam ketika tripnya ke Tenerife ini, namun sebaliknya berlaku. Dia mengadu perkara tersebut di Facebooknya: "Kami mendapat bilik yang ditempah dan ia sangat menakutkan. Tidak mungkin di dunia ini kami berada di hotel 4 bintang itu, malah bukan juga 3 bintang!. "Keadaan bilik amat berbahaya dengan dawai elektrik berselerak, tandas kotor, dinding pecah, makanan amat meloyakan dan keseluruhannya bilik sangat kotor." -mirror.co.uk




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!