Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts
Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts

Wednesday, February 13, 2019

Manchester United kalah pada PSG namun siaran berita ini malah mendapat tumpuan bukan kerana kekalahan itu





Manchester United kalah pada PSG namun siaran berita ini malah mendapat tumpuan bukan kerana kekalahan itu | PERLAWANAN Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) disiarkan di seluruh dunia. Dan sudah tentunya setiap negara mempunyai cara tersendiri menyampaikannya dengan cara yang berbeza. Bagaimanapun, liputan menerusi saluran televisyen Iran menampilkan kelainan. Manchester United memaparkan imej syaitan pada lambangnya sejak 1973. Imej dan rekaan logo tersebut melalui beberapa perubahan sejak 1970an, tetapi paparan secara umum pada lambang tersebut dikekalkan.


Pada 1972, lambang Manchester United hanya memaparkan gambar kapal, yang masih boleh dilihat hari ini. Namun, lambang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1972 masih dipaparkan dalam siaran TV Iran pada Selasa. Penjelasan mengenainya cukup mudah apabila simbol syaitan disekat di Iran dan ia turut membabitkan imej syaitan pada logo Manchester United. - Mirror UK








.

Monday, November 26, 2018

Ketahui 7 bintang bola sepak yang dilabel genius dan hebat di padang bola


Ketahui 7 bintang bola sepak yang dilabel genius dan hebat di padang bola | SESETENGAH pemain bola sepak bukan sahaja terkenal dengan kehebatan di atas padang, sebaliknya mereka merupakan pelajar pintar ketika menimba ilmu dalam bidang pelajaran. Beberapa nama besar dalam dunia sukan ini didapati menyerlah tahap keupayaan berfikir, sekali gus ia membantu kecemerlangan di padang terutama dalam mengatur strategi menentang pasukan lawan. Kenali 7 pemain bola sepak paling bijak sepanjang zaman:


1. Frank Lampard - merupakan pemain bola sepak profesional Inggeris dan merupakan bekas bintang Chelsea yang dikenali dengan nama 'The Professor'. Pada 2009, Lampard mencatat markah tertinggi dalam rekod (ujian IQ) lebih daripada 150 mata. Lampard juga turut mencatat mata maksimum dalam peperiksaan GCSE (sijil menengah) dengan keputusan semua A termasuk bahasa Latin. Dia kini merupakan pengurus Derby County.


2. Socrates - penyerang Brazil (1979-1986) yang dikenali sebagai 'Doktor Socrates' kerana pengetahuannya dalam bidang kedoktoran dan politik serta sosio-ekonomi. Dia merupakan pengasas kepada Corinthians Democracy. Dia menjadi satu-satunya pemain bola sepak dunia yang menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran ketika aktif sukan ini.Selepas menamatkan kariernya bola sepaknya, Socrates mempraktik ilmu kedoktoran.

3. Shaka Hislop - bekas penjaga gol Newcastle ini memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak selepas menerima biasiswa ketika bermain untuk University Howard di Amerika Syarikat. Dia menerima Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan menyertai Nasa sebagai pelatih praktikal. Kini dia menulis untuk blog di The Guardian sebagai penganalisi untuk ESPN.



4. Dennis Bergkamp - bekas pemain Belanda ini menerima ijazah dalam bidang Kejuruteraan Perubatan di Universiti Bath.


5. Yuto Nagatomo - pemain pertahanan Jepun yang kini beraksi bersama Galatasaray mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan turut menulis dua naskhah buku.

6. Clarke Carliste - merupakan bekas pemain untuk beberapa kelab Liga Inggeris termasuk Blackpool serta Queen Park Rangers. Dia mencatat keputusan 10A dalam peperiksaan sijil menengah. Malah Carliste juga mempunyai ijazah dalam bidang penulisan sukan dan penyiaran dari Universiti Staffordshire.


7. Juan Mata - pemain profesional Sepanyol yang kini beraksi bersama Manchester United. Terkenal dengan seorang pemain yang bijak di padang. Dia mempunyai ijazah dalam bidang Kewartawanan, Sains Sukan serta Pengajian Fizikal dan Pemasaran.





.

Wednesday, June 27, 2018

Reaksi Diego Maradona meraikan kejayaan Argentina mencetuskan kebimbangan


Reaksi Diego Maradona meraikan kejayaan Argentina mencetuskan kebimbangan  | Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona hampir pitam ketika meraikan kejayaan negaranya melangkah ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Nigeria 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D, pagi tadi. Maradona, 57, dilaporkan hampir terjatuh dan terpaksa dipapah oleh penyokong sebelahnya sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap kesihatannya. Wira Argentina yang menjulang Piala Dunia 1986 itu dilihat hampir terjatuh dari tempat duduknya sejurus meraikan kejayaan berkenaan hasil jaringan Marcos Rojo pada minit ke-86.



Sebelum itu, Maradona yang hadir sejak awal turut ligat menari bersama kumpulan penyokong Nigeria di kawasan eksekutif yang dikhaskan. Dia juga kelihatan begitu teruja ketika meraikan gol jaringan Lionel Messi dengan gaya pelik mirip dracula sambil melakukan tabik hormat - Agensi



 #worldcup #maradona #argentina




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!