Showing posts with label Berita dalam negara. Show all posts
Showing posts with label Berita dalam negara. Show all posts

Tuesday, April 9, 2019

Johor tiada Menteri Besar susulan Datuk Osman Sapian secara rasmi letak jawatan



Johor tiada Menteri Besar susulan Datuk Osman Sapian secara rasmi letak jawatan | PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Datuk Osman Sapian telah secara rasminya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor. "MB Johor meletak jawatan semalam (8 April) melalui surat kepada saya dan saya akan menghantar surat kepada Sultan Johor," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Selasa.

Ditanya sama ada ada orang yang mengambil alih kedudukan itu, Dr Mahathir memberitahu terdapat tiga hingga empat calon berpotensi. Beliau juga berkata bahawa menteri besar baru mesti berasal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia. "Buat masa ini, Johor tidak mempunyai menteri besar," katanya.-Mstar




.

Monday, January 14, 2019

Keadaan terkini kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan di Sabah



Keadaan terkini kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan di Sabah | Kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah apartmen, dekat Telipok, petang Ahad, berada dalam keadaan stabil. Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Tan Bee Hwai berkata kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang menjalani rawatan pakar. “Kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan pakar,” katanya ketika dihubungi.Dalam insiden itu, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu selepas menembak mati suspek dengan beberapa das tembakan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.- BERNAMA




.

Friday, January 11, 2019

Harga minyak turun lagi mulai tengah malam ini



Harga minyak turun lagi mulai tengah malam ini | Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Januari. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. -Mstar




.

Thursday, January 10, 2019

Tular gambar kereta Proton X70 pertama terlibat dengan kemalangan



Tular gambar kereta Proton X70 pertama terlibat dengan kemalangan | Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan menjadi tular dalam media sosial apabila dikatakan kemalangan pertama yang melibatkan model SUV pertama Proton, X70. Memetik laporan MHETV, difahamkan, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 1.15 petang tadi di Jalan Keretapi Lama di Kapar, Selangor menghala ke Kampung Tok Muda.


Melalui gambar yang tersebar, kelihatan kereta tersebut menjunam ke dalam parit dan remuk di bahagian sisi kanannya. Walau bagaimanapun identiti pemandu dan nasib penumpangnya masih belum dapat dipastikan. - UTUSAN





.

Saturday, October 13, 2018

Pemakaian kasut sekolah hitam berkuatkuasa sepenuhnya bermula 2021



Pemakaian kasut sekolah hitam berkuatkuasa sepenuhnya bermula 2021 | Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hanya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021, kata Kementerian Pendidikan (KPM). KPM dalam kenyataan hari ini, berkata peraturan itu bagaimanapun akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluas penggunaannya pada 2020. "Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih," kata KPM.Menurut kementerian itu lagi dalam tempoh tersebut juga pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak tergesa-gesa menyediakan kasut berwarna hitam untuk anak-anak mereka memandangkan murid masih mempunyai pilihan untuk memakai kasut putih sehingga 2020.


KPM berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak pembekal kasut sekolah. Pada Julai lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilaporkan sebagai berkata lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan selepas mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan kebimbangan beberapa pihak termasuk Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengenai kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam. Maszlee selepas itu berkata kerajaan bersetuju memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi pelaksanaan peraturan tersebut. Menurutnya tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu tersebut termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik. -- BERNAMA



#kasutsekolahhitam #kpm #menteripendidikan




.

Friday, October 12, 2018

Menteri-menteri kini dilarang bawa isteri ikut serta lawatan kerja ke luar negara



Menteri-menteri kini dilarang bawa isteri ikut serta lawatan kerja ke luar negara  | Menteri-menteri yang berkunjung ke luar negara untuk lawatan kerja jangka pendek tidak lagi dibenarkan membawa pasangan dan rombongan penuh, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh Sinar Harian, Azmin berkata keputusan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan. "Kami membuat keputusan bahawa jika para menteri pergi ke luar negara, mereka tidak boleh membawa isteri, melainkan perjalanan kerja lebih daripada tujuh hari. "Jika lawatan kerja hanya satu atau dua hari, mereka tidak boleh membawa isteri dan ia tidak akan dibayar oleh kerajaan," katanya. Azmin menambah bahawa menteri tidak boleh membawa seluruh rombongannya dan hanya dibenarkan membawa dua pegawai untuk lawatan kerja berkenaan.


"Ini adalah budaya kerja kita, kita akan bekerja, bukan untuk bercuti, membeli-belah atau bermain golf," katanya. Beliau berkata di bawah pentadbiran terdahulu, sudah menjadi satu kebiasaan bagi menteri menghadiri persidangan kerja, tiga hari sebelum ia bermula dan pulang tiga hari selepas ia berakhir. Tambah beliau, menteri akan bermain golf sementara isteri pergi membeli-belah. - The Star



#lawatankerja #menterimalaysia




.

Friday, September 21, 2018

Kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen KLIA akan dihapuskan



Kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen KLIA akan dihapuskan | Tiada lagi kaedah 'raba-raba' penumpang di pusat pemeriksaan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada masa akan datang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. "Wartawan yang membuat liputan di Parlimen tahu ada seorang lelaki kelakar dari Kinabatangan Sabah yang guna perkataan 'raba-raba' setiap kali dia ke lapangan terbang. "Jadi, tiada lagi 'raba-raba' di lapangan terbang apabila mesin sinaran-X dipasang pada suku kedua tahun depan," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk kru berlepas di KLIA2 di sini pada Jumaat.Kata Loke, mesin sinaran-X itu menggantikan keperluan pihak keselamatan lapangan terbang untuk melakukan pemeriksaan ke atas tubuh penumpang.


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin membangkitkan isu tersebut di Parlimen pada 2014 dan tahun lalu. Beliau mendakwa beberapa penumpang diraba secara berbeza mengikut cara petugas keselematan mengendalikan setiap kes. Bung mencadangkan operator lapangan terbang memasang pengimbas bagi mengelakkan penumpang diraba. - The Star



#kaedahraba #kaedahpemeriksaanimigresen




.

Friday, August 3, 2018

Bekas rakan setugas kongsi kenangan ketika bertugas bersama Datuk Mahadzir Lokman di TV3



Bekas rakan setugas kongsi kenangan ketika bertugas bersama Datuk Mahadzir Lokman di TV3  | Mula menyertai TV3 pada tahun 1984, kelibat Datuk Mahadzir Lokman akan sentiasa dikaitkan dengan stesen televisyen swasta pertama Malaysia ini.Sebelum bergelar pembaca berita , Mahadzir terlebih dahulu menimba ilmu sebagai wartawan penyiaran. Sejarah panjang yang dimilikinya dengan TV3 turut membolehkan beliau mencipta nama dalam bidang pengacaraan melalui beberapa program terbitan stesen tersebut. Malah paling membanggakan apabila Mahadzir yang cukup terkenal dengan sikap menepati masa ini, turut menjadi penyampai berita Melayu dan Inggeris pertama Tv3.

Tidak sekadar menjadi ikon stesen televisyen tersebut suatu ketika dahulu, tanggungjawab yang digalas Mahadzir dalam melahirkan pembaca berita dan pengacara terkenal negara pada era 90-an juga akan terus dikenang rakan sekerjanya. Sehingga nama-nama besar dalam dunia pengacaraan yang turut memulakan kerjaya mereka di TV3 seperti Datin Seri Normala Samsudin , Ezzah Aziz Fawzy, Norfarahin Jamsari dan ramai lagi masih menggelarkan dia sebagai mentor buat kerjaya mereka.

 JOHAN ISHAK 
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima, “Datuk Mahadzir atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Dale, merupakan satu ikon besar di dalam industri TV terutamanya TV3. Beliau adalah epitome pengacara yang berketrampilan profesional yang disegani ramai. Dari pihak pengurusan Rangkaian Televisyen Media Prima, kami dengan rasa pilu, mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. “Saya secara peribadinya, mengenali dan berurusan dengan beliau semasa beliau adalah Pengerusi Balai Seni Negara. Beliau adalah seorang yang tulus dalam apa jua usaha dalam meningkatkan industri kreatif negara.”

NURFARAHIN JAMSARI 
“Pengalaman mengacarakan program bual bicara Sekapur Sireh pada tahun 1987 bersama arwah adalah satu momen yang istimewa buat saya. Saya banyak belajar daripadanya malah dia juga seorang senang berkongsi ilmu. “Dia dah saya anggap seperti abang, mentor, idola malah sering menasihati anak-anak saya tentang pelajaran. Dia tiada galang ganti. “Sudah tentu pemergian dia meruntun hati saya. Seorang yang istimewa dan berbakat dalam bidangnya. Moga rohnya diberkati Tuhan.”

DATIN SERI NORMALA SAMSUDIN 
“Sekitar 1993-1994, dia merupakan guru dan mentor saya. Mengajar mengendalikan siaran secara langsung dan mendidik saya menjadi seorang pengacara yang berjaya. Memberi tips bagaiamana menjadi pengacara majlis-majlis rasmi dan mengajar protokol apabila melibatkan kerabat dan orang kenamaan. “Kelebihan dirinya ialah pandai pelbagai bahasa dan fasih bahasa Perancis. Sampai sekarang tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya. Dia seorang yang tegas tapi pada masa yang sama suka berseloroh dan bergurau. Pengalamannya sangat kami hormati. Dia guru yang amat baik dan pentingkan disiplin. “Abang Dale guru yang amat saya segani dan sanjungi. Rasa sebak dalam hati namun Allah menyayangi dan memanggilnya di hari yang amat baik ini, hari Jumaat. Bersemadilah Abang Dale di sana, Moga Allah rahmati rohnya dan di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman, Amin.

EZZAH AZIZ FAWZY 
“Kami wartawan muda waktu menganggap arwah sebagai abang. Dia seorang yang suka berjenaka tapi ada masanya kami takut apabila dimarah atas sebab-sebab tertentu. Dulu saya selalu berasa gemuruh setiap kali tampil membaca berita utama pukul 8 malam tapi dia akan mententeramkan saya dengan lawak jenakanya. Jadi, muka kita akan ceria sebelum betul-betul ke udara. “Abang Dale sangat pemurah dan penyayang. Dia kerap membawa kami wartawan muda ini di dalam keretanya beramai-ramai sekiranya ada majlis yang berlangsung di hotel. Itu yang menyeronokkan sebab maklumlah kami budak baharu dan seronok apabila ada majlis-majlis begitu.

“Satu perkara yang menjadi ingatan kepada saya ialah kepantangan abang Dale mengenai sebutan. Sekiranya membaca berita, sebutan ke atas satu-satu perkataan kena betul dan tepat kerana kita menjadi rujukan orang ramai terutama budak-budak sekolah. Sekiranya kita menyebutnya salah, maka generasi akan datang juga akan salah sebutan. Itu satu tanggungjawab yang dititik beratkan oleh abang Dale. “Dia juga mengingatkan kami semua agar terus bersikap merendah diri walau di mana sahaja berada. Apa yang perlu juga ialah sentiasa menganggap ada kamera di mana-mana agar personaliti diri sentiasa terjaga dengan sempurna. “Apa yang menyentuh hati saya juga ialah abang Dale sangat akrab dengan arwah ibunya. Dia mendahulukan ibunya dalam setiap perkara dan menjaganya sehingga ke akhir hayat. Saya percaya berkat kebaikan ke atas ibunya memberikan abang Dale pengakhiran hidup yang baik pada hari ini.”

NIZAL MOHAMAD 
“Jujurnya, saya tidak sempat bertugas dengan arwah memandangkan abang Dale menamatkan khidmatnya di stesen TV3 pada 1993 manakala saya pula mula berkhidmat setahun selepas itu. “Bagaimanapun, sebagai alumni stesen TV tersebut, arwah sangat menjaga hubungannya dengan barisan personaliti lain meskipun sudah tidak lagi bertugas di situ. “Kami banyak bertanya khabar di media sosial kerana arwah begitu aktif mengemas kini laman Facebook miliknya.”

SUHAIMI SULAIMAN 
 “Allahyarham sangat peramah dan pemurah orangnya. Dia bukan sahaja tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan, malah turut tidak kedekut mengeluarkan wang bagi menjamu rakan-rakan di rumahnya. “Dia sering mengajak sesiapa jua kenalan rapat datang ke rumahnya di Petaling Jaya untuk majlis makan-makan sambil mengeratkan lagi silaturrahim. “Dalam soal kerja, arwah sangat tegas orangnya dan tak boleh main-main. Bagaimanapun, dia cukup profesional.” - Utusan



.

Wednesday, July 4, 2018

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan 4 pertuduhan


 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan 4 pertuduhan | Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini. Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah. Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.


Bagi tuduhan rasuah pula, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International. Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694). Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan bagaimanapun dibacakan dalam bahasa Malaysia. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee. Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah. Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International. Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali pada 22 dan 24 Mei lalu untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan. SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. -Awani



#Najib Razak #1Malaysia Development Berhad #SPRM #1MDB #SRCInternational #PerdanaMenteri #MahkamahSesyen #TommyThomas #MenteriKewangan #ZainalAbidinKamarudin




.

Sunday, June 10, 2018

Video pesanan khas Tun Mahathir dan Menteri Pengangkutan sempena sambutan aidilfitri menarik perhatian ramai



Video pesanan khas Tun Mahathir dan Menteri Pengangkutan sempena sambutan aidilfitri menarik perhatian ramai | Sempena sambutan Aidilfitri minggu depan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, menitipkan pesanan khas kepada orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam video pendek terbitan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu, Dr Mahathir menasihati mereka berhenti berehat dan tidur sebentar sekiranya mengantuk ketika memandu. Dr Mahathir, 92, yang gemar memandu, juga menasihatkan pemandu berusia seperti beliau supaya tidak memandu kerana khuatir mereka kekurangan tenaga untuk berbuat demikian. "Biasanya orang 90 tahun tak usah bawalah (kereta)... keseronokan saya adalah membawa kereta tapi saya dapat bawa kereta hujung minggu saja, itu pun ada 'driver' (pemandu) di tepi," katanya dalam video yang dimuat naik di laman YouTube semalam.


Pada masa sama, beliau menegaskan pengguna jalan raya yang mempunyai saman harus bertanggungjawab untuk membayarnya. Mengenai kerajaan memberi diskaun saman pada musim raya kali ini, Dr Mahathir berkata: "Kalau saman boleh diskaun, saya ingat ia tak jadi amaran kepada kita." Perdana Menteri juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengguna jalan raya dan keluarga mereka. Sementara itu, Siew Fook yang turut muncul dalam video sama berkata, kerajaan bukan berniat menyaman atau menyusahkan pengguna jalan raya, sebaliknya sebagai peringatan supaya mereka peka terhadap keselamatan di jalan raya. "Baru-baru ini, saya telah mengeluarkan arahan mengingatkan supaya semua orang kena tukar 'air bag' (beg udara) dalam kereta yang telah recall (dipanggil balik) itu, mereka kena tukar. Kalau mereka tak tukar, kita kena saman," tegasnya.

Selasa lalu, Siew Fook mendedahkan 358,233 kenderaan merangkumi jenama Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus belum menukar beg udara Takata yang bermasalah. Mengenai sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan jalan raya baharu, beliau berkata, mereka masih mengkaji keperluan berkenaan. Beliau turut menasihati pemandu dan penunggang bersabar dan berhati-hati ketika berada di jalan raya. "Bagi saya, yang penting apabila kita memandu balik kampung, yang penting dalam fikiran kita kena ingat, kita nak balik berseronok dengan keluarga. "Kalau mengantuk, mungkin kita dengar muzik sikit untuk menceriakan mood dan sebagainya... selamat hari raya, berhati-hatilah di jalan raya," katanya. - BERNAMA



 #TunMahathir #MenteriPengangkutan #sambutanaidilfitri



.

Thursday, May 17, 2018

Isteri mulai bimbang tahap kesihatan suami selepas Tun M teliti dokumen hingga pagi


Isteri mulai bimbang tahap kesihatan suami selepas Tun M teliti dokumen hingga pagi | Tun Dr Siti Hasmah mula risaukan keadaan kesihatan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir seminggu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh. Dr Siti Hasmah memuat naik status di laman Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu kerisauan terhadap Dr Mahathir yang usianya mencecah 93 tahun. "Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur. "Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan. "Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi. "Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat," luah Dr Siti Hasmah.


Luahan wanita pertama negara ini turut mendapat sokongan netizen yang risaukan kerja keras perdana menteri era Malaysia baharu itu. Salah seorang netizen Wai Yap berkata: "Saya pun dah cukup risau padal Tun...umat Islam berdoa lah ye Ramadan ini untuk Tun. Manakala seorang lagi netizen Wong Chin Kuan menulis: "Bukan umat Islam pun i doa untuk kesihatan dan kegembiraan Tun tiap-tiap hari. Hero Malaysia yang disanjung tinggi." -Mstar




#TunM #PerdanaMenteriMalaysiaKe7 #TunMahathir #TunHasmah



.

Wednesday, May 16, 2018

Ini 10 perkara tentang YB Syed Saddiq yang tidak diketahui ramai



Ini 10 perkara tentang YB Syed Saddiq yang tidak diketahui ramai | BERIKUT adalah 10 perkara menarik tentang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman:

1. Meminati artis antarabangsa Selena Gomez

2. Tidak gemar dipanggil YB kerana merasakan gelaran itu seperti 'orang tua'.

3. Mengakui tiada kekasih buat masa ini kerana 'tiada masa' untuk menjalinkan hubungan.



4. Menanti situasi berdebat dengan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam sidang Parlimen nanti.

5. Yakin janji 100 hari 10 janji Pakatan Harapan dapat laksanakan.

 6. Menang PRU14 kerana undi anak muda.

7. Suka bermain polo air dan hoki.


8. Sentiasa meminati bidang perguruan meskipun kini bergelar Ahli Parlimen.

9. Anak emak dan emaknya merupakan sumber inspirasinya.

10. Mengimpikan masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang pada masa mendatang. - SH



#SyedSaddiq #YB #pakatanharapan




.

Thursday, April 12, 2018

Gelagat seorang pencuri beg berjaya dirakam oleh CCTV



Gelagat seorang pencuri beg berjaya dirakam oleh CCTV | Perbuatan jenayah seorang penunggang motosikal melarikan sebuah beg dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) dalam kejadian di kawasan letak kenderaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di Seksyen 14 di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek berusia 30-an terlebih dahulu memecahkan cermin kereta jenis Perodua Bezza sebelum melarikan beg berkenaan. Rakaman berdurasi 23 saat itu kemudiannya tular di laman sosial aplikasi WhatsApp.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, kejadian itu disedari oleh mangsa berusia 25 tahun yang merupakan eksekutif kewangan sejam kemudian Katanya, mangsa meletakkan kenderaan tersebut di kawasan letak kenderaan itu susulan mempunyai urusan di sebuah bank berhampiran. "Mangsa mendapati cermin tingkap pintu hadapan di bahagian kiri telah dipecahkan dengan beg yang diletakkan di lantai kereta telah hilang.

"Antara barangan yang hilang termasuklah kad pengenalan, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai RM100," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Jelas beliau, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Sport sebaik melakukan jenayahnya. "Hasil siasatan turut mendapati penggera keselamatan kereta terbabit tidak berbunyi semasa suspek memecahkan cermin tingkap Perodua Bezza itu. "Justeru itu, usaha memburu suspek kini sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. - K! ONLINE



 #cctv #pencuribeg




.

Wednesday, April 11, 2018

Pelanggan melecur 50 peratus selepas dobi layan diri terbakar



Pelanggan melecur 50 peratus selepas dobi layan diri terbakar | Seorang pelanggan kedai dobi layan diri melecur 50 peratus selepas premis berkenaan terbakar dalam satu kejadian di Taman Jinjang di sini, malam tadi. Dalam kejadian pukul 8 malam itu, wanita tempatan berusia 40-an terbabit dikatakan sedang menunggu cuciannya di dalam kedai dobi tersebut. Juru cakap bomba berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 8.05 malam dan api berjaya dikawal pada pukul 8.22 malam.


“Kedai itu musnah 80 peratus dan seorang wanita tempatan melecur pada anggota badan akibat kejadian tersebut. “Seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas terlibat operasi memadamkan api di kedai dobi itu,” katanya sebentar tadi.Pihak forensik bomba kini berada di lokasi kejadian bagi melakukan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca kebakaran itu. - K! ONLINE


#kebakaran #kecemasan #kedaidobilayandiri




.

Tuesday, April 10, 2018

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 -SPR



Tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14  | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon diikuti 9 Mei (Rabu) ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal adalah pada 5 Mei (Sabtu) dan tarikh pengeluaran writ pilihanraya ialah pada 11 April (Rabu) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media hari ini, berkata lebih 14 juta pengundi akan membuang undi pada PRU14 selepas tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.Katanya, writ pilihanraya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus (RO)pilihanraya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!