Tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 | Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon diikuti 9 Mei (Rabu) ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal adalah pada 5 Mei (Sabtu) dan tarikh pengeluaran writ pilihanraya ialah pada 11 April (Rabu) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media hari ini, berkata lebih 14 juta pengundi akan membuang undi pada PRU14 selepas tempoh berkempen selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.Katanya, writ pilihanraya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus (RO)pilihanraya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi. -BH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment