Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Thursday, December 6, 2018

Inilah pengumpul cenderamata McDonald paling banyak di dunia



Inilah pengumpul cenderamata McDonald paling banyak di dunia | Seorang lelaki mengumpul lebih 75,000 koleksi cenderamata restoran makanan segera McDonald sekali gus dipercayai menjadi pengumpul koleksi berkaitan rangkaian restoran berkenaan paling banyak di dunia. Lelaki tersebut, Mike Fountaine, 60, menyimpan kesemua koleksi berkaitan McDonald yang dikumpulnya sejak tahun 1968 dalam sembilan buah bilik khas di rumahnya di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS). Dia juga membina sebuah gudang bersebelahan rumahnya untuk menyimpan koleksi berkenaan termasuklah 11,700 biji cawan dan ribuan koleksi permainan yang diperoleh di beberapa restoran McDonald di seluruh dunia.

Fountaine berkata, dia mula mengumpul memorablia McDonald ketika berusia 15 tahun apabila dia bekerja di salah sebuah rangkaian restoran berkenaan. “Koleksi ini sungguh bermakna kepada saya dan ia menjadi sebahagian daripada pekerjaan saya,” katanya. Menurutnya, koleksinya itu juga semakin bertambah pada setiap hari kerana dia akan mengumpul hampir 100 koleksi terbaharu pada setiap bulan. “Sebahagian koleksi ini saya beli sendiri dan ada pula dihadiahkan oleh rakan-rakan ketika mereka berkunjung ke restoran berkenaan di luar negara,” jelasnya. – Agensi




.

Monday, January 19, 2015

Wah kagum! Aplikasi emoji boleh buat macam tu??



Wah kagum! Aplikasi emoji boleh buat macam tu?? | Seorang artis menggunakan simbol emoji untuk menghasilkan beberapa potret selebiriti terkenal yang menakjubkan. Artis berkenaan, Yung Jake menghasilkan gambar potret tersebut menggunakan aplikasi Emoji.Ink yang membolehkan pengguna melukis gambar dengan simbol emoji.


Kebiasaanya pengguna menggunakan aplikasi berkenaan untuk menghasilkan gambar-gambar yang ringkas seperti padang rumput atau menulis nama mereka tetapi potret yang dihasilkan Jake dianggap sangat luar biasa.


Jake mampu menghasilkan potret yang bukan sahaja sangat terperinci tetapi imej selebiriti yang dilukisnya dilihat hidup. Antara potret selebriti yang dihasilkan beliau termasuklah penyanyi terkenal, Miley Cyrus, model popular, Kim Kardashian dan pelawak, Jerry Seinfeld. Jake memuat naik potret-potret berkenaan di laman Twitter miliknya dan mendapat pujian daripada pengguna di laman sosial. – Agensi

Tuesday, July 22, 2014

Lihat apa yang boleh anda buat menggunakan butang baju



Lihat apa yang boleh anda buat menggunakan butang baju | Seorang artis berasal Argentina, di sini mempamerkan kehebatannya apabila menghasilkan seni lukisan menakjubkan yang memaparkan muka selebriti terkenal hanya menggunakan butang baju. Portal berita odditycentral.com melaporkan, Augusto Esquivel menggunakan teknik penyusunan beribu-ribu butang untuk menghasilkan lukisan potret artis terkemuka dunia seperti Audrey Hepburn, Marilyn Monroe, Salvador Dali dan James Dean.

Bagi mencipta potret mengagumkan itu, Esquivel menggantung beratus-ratus tali tangsi di atas syiling sebelum menggunakan benang berwarna hitam, kelabu dan putih untuk menyambungkan butang. Esquivel perlu memastikan setiap sambungan butang terbabit bagi menghasilkan karya yang mengagumkan. Ditanya tentang bagaimana untuk mencipta seni yang hebat itu, Esquivel berkata, dia memiliki keistimewaan melihat potensi dalam objek yang digunakan setiap hari bagi membuat seni yang kreatif.


"Saya sedar betapa kepentingan butang yang kecil untuk dijadikan potret apabila melihat kotak jahit milik nenek saya. "Saya suka melihat potensi sebarang objek yang boleh digunakan dalam seni kreatif. Walaupun proses penghasilannya rumit, hasil akhirnya tetapi hampir sempurna," katanya. Selain potret, Esquivel turut menghasilkan 'lukisan' piano, basikal, biola dan pemadam api yang diperbuat daripada susunan butang baju.-AP




.

Friday, September 13, 2013

Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie


Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie | SIAPA sangka di sebalik rekaan rumah yang moden dengan hiasan yang sederhana, lantai ruang tamu rumah tersebut berwarna merah jambu terang dan tersusun rapi lebih 6,000 koleksi patung Barbie pada rak di dinding. Koleksi patung Barbie dan lebih 3,000 patung lain mendominasi tiga bahagian dinding ruang tersebut serta bilik tidur dan ruang kerjanya. Menakjubkan, ia bukanlah koleksi seorang wanita, tetapi lelaki yang berusia 33 tahun dari Singapura yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri lelaki lembut. Tegas Jian Yang, dia adalah lelaki normal. Cuma hobinya sejak kecil itu memang lain dari yang lain dan akuinya ia sering membuatkan bekas teman wanitanya tidak yakin dengan diri sendiri.


"Bekas-bekas teman wanita saya sering berasa kurang berkeyakinan dengan koleksi saya kerana ia umpama persaingan untuk mereka," ujarnya yang menghabiskan S$500,000 (RM1.2 juta) sejak 20 tahun untuk koleksinya. Ceritanya, minatnya terhadap patung bermula ketika dia berusia 13 tahun selepas dia membeli patung Barbie model Great Shape, patung Barbie memakai baju senaman berwarna firus dengan pemanas kaki yang berjalur-jalur. Ketika itu, dia sering menonton iklan patung Barbie di televisyen dan menyukainya dan membelinya apabila mula mendapat elaun daripada ibu bapa. Selain patung Barbie, Jian Yang turut mengumpul patung Bratz Girls, Monster High and Jem dan Holograms Lines. Koleksi paling tua miliknya merupakan patung Barbie tahun 1960-an iaitu patung jururawat yang memakai cermin mata.


Dia turut menggemari patung Barbie edisi terhad yang menggayakan pakaian kebangsaan serta orang-orang ternama seperti Grace Kelly, Barbra Streisand, Carol Burnett dan Elizabeth Taylor. Di dalam rak ruang tamunya, Osama Laden sedang berkongsi minuman dengan Saddam Hussein, sambil dilihat ahli sihir jahat daripada fiksyen Sleeping Beauty, Jackie Onassis dan Puteri Diana. Di dalam rak satu lagi, terdapat patung Elvis Presley, Sean Connery sebagai James Bond dan karakter dari filem Harry Potter serta Star Trek tersusun rapi. Hobi uniknya itu disokong rakan-rakan dan keluarga yang turut sering menghadiahkan patung kepadanya.




.

Tuesday, October 16, 2012

Dia memiliki koleksi 2600 pasang Sneakers


Jordan Michael Geller menetapkan rekod baru sebagai pemiliki koleksi sneakers terbanyak di dunia. Shoezeum adalah tempat khusus untuk menyimpang kesemua koleksi kasut Nike-nya, termasuk model Air Jordan yang pernah dibuat. Kini, dia telah memiliki lebih dari 2600 pasang kasut. Setiap pengunjung dikenakan tiket masuk USD 10 untuk melihat semua koleksinya di Shoezeum. Jordan jarang memakai koleksinya dan lebih suka menyimpannya. Bahkan, dia juga mempunyai kasut yang dipakai Michael Jordan ketika masih sebagai rookie di Chicago Bulls.






.

Tuesday, September 25, 2012

Mari lihat, kek unik direka umpama almari pakaian seorang gadis


Jom intai-intai, almari pakaian unik ini yang sebenarnya diperbuat daripada kek lazat. Benar, ianya adalah kek, namun direka dan dibentuk berupa almari pakaian gadis, lengkap dengan gaun cantik yang tergantung pada penyangkut baju. Ya, semuanya boleh dimakan..


Kek unik ini berharga £ 800, telah dibuat oleh pembuat kek, Steph Parker, berusia 25 tahun , dari Birmingham. Ianya mengambil masa 40 jam untuk disiapkan, malah mempunyai tiga perisa - vanila, coklat dan red velvet - dan adalah cukup besar untuk makanan kepada lebih seratus orang. Hebat bukan?






.

Monday, September 24, 2012

Melukis dengan ratusan stokin kaki


Hong Yi adalah seniman muda dari Malaysia yang suka melukis, tetapi tidak menggunakan berus lukisan. Dia menggunakan segala macam benda yang tidak konvensional seperti teko kopi untuk menghasilkan potret fenomena ahli muzik yang berasal dari Taiwan, Jay Chou. Tapi kali ini dia telah mencipta potret seorang sutradara China terkenal Zhang Yimou, dengan menggantung ratusan stokin kaki dengan tongkat bambu di sebuah perumahan.


Hong Yi akhirnya menggunakan 750 pasang stokin kaki. Oleh kerana stokin terlalu besar dan mahal, akhirnya penduduk tempatan yang ingin tahu mula mengulurkan tangan untuk membantunya membuat stokin kaki berwajah ini.






.

Sunday, September 16, 2012

Dia miliki 15 ribu patung barbie..banyaknyaaa...


Bettina Dorfmann nampaknya akan membuat penggemar patung Barbie mengganga melihat koleksinya. Ini adalah kerana dia memiliki koleksi Barbie sebanyak 15 ribu. Bettina mula mengumpulkan Barbie sejak 1993 dan belum merancang untuk mengakhiri hobinya ini. Wanita berasal dari Dusseldorf, Jerman, ini mengumpulkan semua koleksinya selama 19 tahun. Dia memburu Barbie keluaran 60-an sampai yang terbaru produksi Mattel. Anak perempuannya, Melissa, juga menambah koleksi dengan menghadiahkan patung miliknya yang lama kepada si ibu. Koleksinya itu membuat nama Bettina masuk dalam Guinness Book of Records 2013. Koleksi kegemarannya adalah Barbie era Mod (1967 -1972).

Sedangkan yang termahal adalah Barbie Pony Tail Number 1 berharga USD 10 ribu. Bettina harus merombak bilik untuk menyimpan semua patug itu. Kerana banyaknya, Bettina harus menyimpan patung-patung itu di ruangan lain. Tak hanya tersimpan di dalam rumah, koleksinya juga dipamerkan di berbagai galeri di seluruh dunia. "Anda dapat mencuci rambutnya, mengganti pakaiannya, dan membeli baju baru," kata Bettina tentang asal usul minatnya pada Barbie. "Mereka patung yang bahagia dan bebas. Mereka punya baju indah, gaya rambut dan warna berbeza."






.

Tuesday, September 11, 2012

Hebat! Membuat anatomi tubuh manusia dengan kertas


Ternyata apa bila bidang kedoktoran digabungkan dengan unsur seni boleh menghasilkan sebuah karya yang sangat artistik. Seperti halnya yang di lakukan oleh seorang seniman bernama Lisa Nilsson yang memanfaatkan sejenis kertas yang berasal dari Jepun untuk mencipta sebuah replika tubuh manusia. Dia menggunakan teknik menggulung kertas dengan sebutan “quilling”. Beberapa karyanya tersebut sempat dipamerkan pada musim panas lalu pada sebuah galeri di Massachusetts, Amerika syarikat. Hebat dan sangat kreatif.






.

Saturday, July 14, 2012

Kamera yang unik dengan bentuk Barbie


Jika anda seorang penggemar kamera, tapi tidak ingin terlihat seperti kamera, anda mungkin harus melihat tawaran terbaru dari Barbie. Disebut Mode Barbie Foto, kamera ini dirancang dalam bentuk patung Barbie atau kamera barbie, atau boleh disebut juga adalah patung Barbie dengan kamera . Kamera ini tidak akan menggantikan DSLR anda atau bahkan iPhone, tetapi sebagai kamera untuk anak-anak yang suka patung Barbie, ini seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan. Fashion Foto Barbie dapat menyimpan hingga 100 gambar, dan dilengkapi port USB mini untuk upload / pengisian ulang baterinya.






.

Monday, October 25, 2010

Pramugara milik koleksi 1,760 sudu


LONDON - Seorang pramugara warga Austria, Dieter Kapsch mempunyai koleksi 1,760 sudu dari 447 pesawat penerbangan, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menjelaskan hobinya itu bermula semasa dia bercuti bersama saudara perempuannya, Gunda ke Sepanyol.
Semasa bercuti, Kapsch berkata, saudara perempuannya menyatakan adalah lebih baik untuk memiliki sebatang sudu semasa dalam percutian.
"Selepas pulang ke rumah, dia (saudara perempuannya) meninggalkan sebatang sudu dan saya menggunakannya di dapur dan saya menyukainya.
"Sudu tersebut membuatkan saya selalu mengingati cuti yang menyeronokkan itu," katanya.
Pramugara itu menyatakan sejak itu, dia memutuskan untuk menyimpan sudu dari setiap penerbangan.
Salah satu daripada sudu tertua dimilikinya ialah dari Syarikat penerbangan Imperial Airways yang beroperasi dari 1924 hingga 1939.
"Rakan-rakan saya meminati koleksi saya dan mereka memberikan sokongan.
"Saya berharap akan terdapat sudu yang akan datang lagi (diperolehnya)," kata pramugara itu.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!